12 August 2013

Checklist Persiapan Perkhawinan

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, August 12, 2013 3 000 Caci Maki Terpaut pada
Sedar tak sedar lagi sebulan lebih aku nak nikah mohon segala dipermudahkan.
Bila aku tgk kawan-kawan aku time-time sebulan lagi nak kawen nie, semua dah ready yang aku nie bila tanye itu belum buat tanye ini belum tempah aissshhh nak kawen ke xnak nie ainn.
Jom jab tgk checklist apa lagi yang aku kene buat bila masa tinggal lagi sebulan nie.


2 Bulan Sebelum Majlis 


Mengedarkan kad kahwin & nikah - Kad belum Siap
Final fitting baju nikah - Dah beli tapi belum Oter
Fitting baju resepsi - Baju tukang jahit baru nak jahit sebelum puasa hari tu.
Senaraikan lagu-lagu untuk PA System - Tak booking lagi tapi dah kabo ke dia.
Tempah tag nama for family members - Design dah ada dalam kepala otak tapi sepatah haram tak mula lagi.
Caterring- Abah uruskan.  Kira utk aku selesai la nie.
Final check for wedding cakes- Tgh Pikior nak tempah kat sapa.
Final check for MUA- Termasuk dalam Pakej Pelami-Done
Final check for wedding entertainment. Mak yang Pikior kalau ikut aku xyah nk entertainment sangatlah- Done
Candy Coner- Dah Booking Kak Nadi cuma cuma x Folow up dgn dia -Done
Photographer- Dah Booking tapi x bayo deposit lagi. Done


1 Bulan Sebelum Majlis (September 2013)

Final fitting baju- jawapan seperti di atas (cos checklist nie 2 bulan sebelum tapi aku sebulan sebelum)
Final check for accessories nikah- masa fitting nanti check
Final check for accessories resepsi- Masa fitting jugak
Final check for accessories bertandang- Bertandang bio ler belah sana yg uruskan buat apa aku nak sibuk2-Done
Final check untuk bunga pegang- buat awal2 kang layu so bio kan dulu
Final check untuk kompang- Adik aku kata kompang kawan2 dia so aku yakin jelah dgn adik aku-Done
Discuss dengan pengapit- Tak cari lagi. Ada sesapa yg sudi x? 
Bakul dan bunga untuk flower girl - ini lagi satu malas beno aku nak pikior bagi mak aku ler yg pikior
Cari kayu untuk buat landmark- ini abah n sepupu2 lelaki yg uruskan deme kata lagi 2 hari nak nikah baru dorg p cari
Final check untuk tema family- mak punye kerja
Mencari inai - 2 hari nak nikah pun boleh cari aku rasa.


___________________________________________________________________________
Aku.

**Sapalah yg buat checklist nie benda remeh temeh pun nk kene prepare awal2.
**Secara ringkasnya nampak tak betapa rilexnya aku
**Mengikut Checklist di atas maknanya aku dah kene start fokus tp aku tetap rasa                         "ala rilex r lambat lagi"


09 May 2013

Tunangan Orang

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, May 09, 2013 11 000 Caci Maki Terpaut pada
Syukur Alhamdullillah. . . 
Semoga ikatan pertunangan ini secara baik dan sopannya bersama-sama aku dan dia melangkah ke ikatan perkhawinan.
Pertemuan yang mengambil masa selama 3 bulan secara serius mengajar aku erti segala-galanya.
Terima kasih pada dia yang ikhlas menyayangi
Terima kasih pada dia yang sentiasa ada 
Terima kasih pada dia untuk segala-galanya :)






02 January 2013

Lagu untuk Bidadari katanyaaaaa

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, January 02, 2013 3 000 Caci Maki Terpaut pada
video

Hehehehehe
nak tergelak bila ada orang buat lagu n nyanyi untuk aku. Perasaan? terharu, nak nagis, nak gelak guling-guling n rasa poyo. Apa sengal mamat nie tah tetiba jiwang semacam main bagi-bagi lagu plak aku tau la kau syok kat aku tapi jangan la sampai jiwang sangat padahal aku kenal kau  takdelah jiwang  tapi sekali sekali best jugak ada orang yang beriya macam dia. Cumanya aku masih tak berapa nak yakin dengan dia atau aku terlalu ego tak mau mengaku sebenarnya dia memang ikhlas. 
Ermmm tengok la apa yang dia nak buat lagi lepas nie. Kalau aku rasa usaha dia dapat sentuh hati aku nie insyaallah dia akan dapat berita gembira tapi klau usaha dia putus di tengah jalan makanya memang dia bukanlah jodoh aku :)

P/s: Semalam dapat coklat. 



 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review