12 December 2012

JERITAN PERDOMAN

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, December 12, 2012 0 000 Caci Maki Terpaut pada



Manusia membunuh sesama
Menjadi buruan kepada manusia yang tak punya perasaan
Senjata menjadi tongkat peperanggan
Dimana letaknya pemikiran
Anak kecil menjadi mangsanya
Yang tak bersalah mereka membunuh
Dengan kejam,dengan kasar
Tak terfikirkah meraka
Bagaimanakah hati yang telah terguris
Yang kau calarkan….
Terus gelap masa depan mereka
Mana lagi mereka mahu melangkah.

-Lelaki itu-

11 December 2012

Mahu Si Perempuan itu!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, December 11, 2012 3 000 Caci Maki Terpaut pada

Membaca isimu aku kehilangan kata
Membaca isimu aku menjadi bingung
Membaca isimu aku mula mencari
Membaca isimu aku setia menunggu
Menunggu berani dirimu untuk mengejar
Menunggu berani dirimu untuk mendapat
Menunggu berani dirimu untuk mendakap
Mendakap sang bidadari pujaan hati
Mendakap sang hati yg luka
Mendakap sang perempuan yang kosong jiwanya
Mendakap sang perempuan yang kosong langkahnya.
Bukan lakonan dunia yg mahu si perempuan tonton
Bukan rupa paras yg mahu si perempuan cari
Bukan pangkat dan harta yg mahu si perempuan kejar
Si perempuan itu cuma berharap keihklasan dan kejujuran
Si perempuan itu cuma berharap agar si arjuna lebih berusaha
Si perempuan itu cuma berharap si arjuna tidak terhenti langkahnya walaupun terpaksa menunggu.
Dia perlukan masa.
Maaf.


 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review