27 July 2012

Berjaya Bergerak

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan~
Harap-harap korng masih lagi kental menahan hazab lapar yela korng tu bukannya kecik macam upin n ipin nampak ayam goreng je nak berbuka kalau korg mcm tu meh aku bagi makan kaki kenyang sampai esok pagi, dah beso panjang pun x larat nak puasa lain la korg tu mualaf baru nak belajar puasa.

Semperna bulan ramadhan yang mulia nie aku nak ucapkan terima kasih pada diri aku kerana bergerak walaupun payah dan sepatutnya aku dah lama perlu bergerak bukan nak tunggu makan tahun baru terdaya nk bergerak org lain rabak jugak seminggu lepas tu dah cari pengganti  tapi aku kemain melayan perasaan kononnya ada harapan kalau aku usaha. Jangan mimpilah weihhh

Semperna bulan ramadhan ini jugak aku nak ucapkan terima kasih pada awak (ye awak awak yang telah berjaya mencuri hati dan awak jugak yang telah berjaya merabakkan hati ini) kerana menjadi cikgu terbaik dalam hidup aku. Setelah diconggak dan ditimbang balik selama hampir 5 tahun aku kawan dgn kau kau adalah lelaki terbaek yang pernah aku jumpa (ok sila senyum aku tgh puji kau ni). 

Dan memang aku akui dalam relationship ini memang banyak salah aku segala benda yang jahat memang datang dari aku tapi kau kene ingat jugak sapa suruh kau manjakan aku, ikut segala apa yang aku mahu, tak pernahlah halang apa yang aku buat tengok sekarang aku dah pijak kepala kau bila kau tak tahan kau blah tanpa aku tahu sebab yang kukuh wahhh kejamnya kau!!!

Andailah kan andai je kau terbaca entry nie yela aku dah block kau kat FB mana lagi kau nak tau pasal aku kalau kau tak tengok blog aku kan aku nak ucapkan terima kasih kerana berjaya menjadikan aku manusia yang lebih menghargai dan ketahuilah cukup payah aku buang kau dalam hati aku selama ini tapi hari ini berjaya dan kau kini tak ada langsung dalam hati aku. Kau hanya sejarah dan kisah silam aku utk aku ceritakan pada anak cucu aku nanti.

Hye awak yang baru~
Semoga kita dapat melangkah ke syurga bersama-sama
dan
Semoga apa yang diajar oleh sang mantan menjadi pelajaran terbaik utk hubungan baru ini.


-muCux-
 
Apa yang kecoh di twitter bulan ini
-Logo Merdeka serupa cilake temanya jugak.
-Perkawinan Muda(Bagi aku kalau kau boleh hadap dugaan bersama xkesahlah bila pun kau kawen)
-Abby Abadi dan ramai butthurt serupa cilake dgn tweetnya.

2 000 Caci Maki:

Cik Bib said...

tahniah ain..finally, kau berjaya gak melalui & menafikannya.

pssstt : da jumpa calon lain lettew. mai habaq mai.

muCux said...

Cik bib: yeahhh berjaya tp klau kau nk tau 3 minggu lepas aku ada cll dia hahaha lepas cll dia n tgk respon dia lah aku terus rasa tawar yg teramat sngt hehehe

calon baru ada tp mcm x berkenan sbb anak org kaya aku x suka kawan dgn anak org kaya klau dia yg kaya ok ler hahaha

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review