31 July 2012

kenangan Terawih

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, July 31, 2012 5 000 Caci Maki Terpaut pada


Assalamualaikum. . . 
Semalam aku p terawih seperti biasa dgn adik gemuk aku tu. Lepas solat isyak berimamkan tok imam. aku pun tadah tangan mengaminkan bacaan doa tok imam tengah-tengah aku kusyuk tadah tangan n aminkan doa adik aku yang dok kat sebelah aku tetiba cedok doa aku, hangen betul aku weih aku penat-penat tadah doa aku dia suka-suka je nak cedok doa aku. Tadah la doa sendiri aku pun apa lagi cedoklah balik doa aku kat dia hangen punya pasal aku cedok lebih sikit dgn doa-doa dia aku cedok.

Adik aku nak cedok doa aku balik tak boleh sebab mak aku dah jeling-jeling ke dia so dia pun buat muka baik je konon-kononnya akulah yang kacau dia. Lepas dia rasa dia dah tak boleh nak cedok doa aku dia pun nak blah sambung main(ye adik aku g terawih utk main) dia bangun pastu bisik ke telinga aku

 "kak in kutiplah doa org sebelah tu doa dia berterabur kat lantai sebab dia tadah tangan x rapat"


-muCux-
_______________________________________________________________________________
Aku:
**Masa kecik-kecik dulu suka sangat bulan puasa sebab satu-satunya bulan yang aku boleh keluar malam
**Masa kecik -kecik dulu suka g terawih sebab dapat jumpa kawan-kawan dan main kejar-kejar
**Masa kecik-kecik dulu g terawih sebab nak dating bila abis terawih
**Masa kecik-kecik dulu suka gelak time org sebut "aminnnnnn" apa yang lawak sangat masa tu aku pun x pasti
**Bila sekarang aku g terawih budak-budak main n bising kat belakang aku rasa nak terajang sorang-sorang.

30 July 2012

2 orang puaka yang aku sayang

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, July 30, 2012 6 000 Caci Maki Terpaut pada
Saat aku menaip entry nie ketahuilah yang aku tersangatlah rindu pada 2 org sahabat aku nie Cik Nelly dan Cik Naz. Makin jauh dah budak 2 orang nie aku syak dorang tgh sibuk mengira duit untuk bagi ke budak-budak yang datang rumah time raya nanti. Kekangan masa membuatkan we all tak boleh nak lepak together. Lagi pulak dorang berdua tu dah bertukar status so yang masih terkinja-kinja hanya aku. 

Aktiviti aku bukan lagi menjadi aktiviti dorang, Aktiviti bersama mereka kini bertukar lebih kepada aktiviti makcik-makcik, bersembang perihal rumahtangga dan gosip artis misalnya. Planning nak bercuti pun selalu sangkut benci tau!!! Ada pun aktiviti makan-makan yang sangt klise tp itu sudah cukup berkualiti bagi aku memandangkan nak jumpe dorang nie kemain payah mengalahkan datin rosmah mansur!!!
makanya terpaksalah aku pergi membawak diri terus melakukan aktiviti aku sampai aku bosan.
 
Woiii raya jangan lupa datang umah aku cuti seminggu kita sebat beraya sampai kembung!!!

-muCux-

___________________________________________________________________
AKU
**Sahabat adalah apabila boleh saling membalas maki hamun tanpa sentap
**Sahabat adalah seorang yang boleh menerima kepuakaan kita seadanya
**Sahabat adalah tempat utk pinjam duit bila sesak
**Sahabat adalah seorang yang sanggup bagi bahu dia basah dek airmata kita bila kita down
**Rindu jugak pada sahabat aku bernama Aban(Woi aban atok pun rindu kau)

27 July 2012

Berjaya Bergerak

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, July 27, 2012 2 000 Caci Maki Terpaut pada

Salam Ramadhan~
Harap-harap korng masih lagi kental menahan hazab lapar yela korng tu bukannya kecik macam upin n ipin nampak ayam goreng je nak berbuka kalau korg mcm tu meh aku bagi makan kaki kenyang sampai esok pagi, dah beso panjang pun x larat nak puasa lain la korg tu mualaf baru nak belajar puasa.

Semperna bulan ramadhan yang mulia nie aku nak ucapkan terima kasih pada diri aku kerana bergerak walaupun payah dan sepatutnya aku dah lama perlu bergerak bukan nak tunggu makan tahun baru terdaya nk bergerak org lain rabak jugak seminggu lepas tu dah cari pengganti  tapi aku kemain melayan perasaan kononnya ada harapan kalau aku usaha. Jangan mimpilah weihhh

Semperna bulan ramadhan ini jugak aku nak ucapkan terima kasih pada awak (ye awak awak yang telah berjaya mencuri hati dan awak jugak yang telah berjaya merabakkan hati ini) kerana menjadi cikgu terbaik dalam hidup aku. Setelah diconggak dan ditimbang balik selama hampir 5 tahun aku kawan dgn kau kau adalah lelaki terbaek yang pernah aku jumpa (ok sila senyum aku tgh puji kau ni). 

Dan memang aku akui dalam relationship ini memang banyak salah aku segala benda yang jahat memang datang dari aku tapi kau kene ingat jugak sapa suruh kau manjakan aku, ikut segala apa yang aku mahu, tak pernahlah halang apa yang aku buat tengok sekarang aku dah pijak kepala kau bila kau tak tahan kau blah tanpa aku tahu sebab yang kukuh wahhh kejamnya kau!!!

Andailah kan andai je kau terbaca entry nie yela aku dah block kau kat FB mana lagi kau nak tau pasal aku kalau kau tak tengok blog aku kan aku nak ucapkan terima kasih kerana berjaya menjadikan aku manusia yang lebih menghargai dan ketahuilah cukup payah aku buang kau dalam hati aku selama ini tapi hari ini berjaya dan kau kini tak ada langsung dalam hati aku. Kau hanya sejarah dan kisah silam aku utk aku ceritakan pada anak cucu aku nanti.

Hye awak yang baru~
Semoga kita dapat melangkah ke syurga bersama-sama
dan
Semoga apa yang diajar oleh sang mantan menjadi pelajaran terbaik utk hubungan baru ini.


-muCux-
 
Apa yang kecoh di twitter bulan ini
-Logo Merdeka serupa cilake temanya jugak.
-Perkawinan Muda(Bagi aku kalau kau boleh hadap dugaan bersama xkesahlah bila pun kau kawen)
-Abby Abadi dan ramai butthurt serupa cilake dgn tweetnya.

25 July 2012

Republik of RINDU

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, July 25, 2012 0 000 Caci Maki Terpaut pada


Sekejap kau datang 
Sekejap kau blah
Sekejap kau sapa
Sekejap kau diam
Sekejap kau tegur 
Sekejap kau berlari
Sekejap kau lupa
Sekejap kau ingat
Sekejap kau benci
Sekejap kau sayang
Sekejap kau hina
Sekejap kau belai
Sekejap kau maki
Sekejap kau puji
Sekejap kau terajang
Sekejap kau usap


Seperangai babi macamana pun kau 
kau pasti akan hadir dalam hati-hati manusia yang lemah.
Kadang rasa kau boleh menjadi rasa yang paling bahagia 
kadang rasa kau jugak boleh jadi rasa paling jahaman di dunia
Dan aku disini masih lagi belajar cara untuk menyambut kau 
wahai sang RINDU.
Semoga engkau berkelakuan baik terhadap aku pada masa akan datang
dengan erti kata lain "Be nice"







18 July 2012

Ekspedisi Mendaki Lata Naning, Gunung Rajah

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, July 18, 2012 4 000 Caci Maki Terpaut pada


Habis cite bab melancong sekarang aku nak cerita bab menyihatkan badan pulak atau sebenarnya menyakitkan badan iaitu mendaki. Yeahhh mendaki sebenarnya aktiviti yang menyihatkan badan cuma bagi aku kalau kau terus mendaki tanpa ada senaman ringan seminggu or sebulan sebelum mendaki dia akan menjadi menyakitkan badan segala urat-urat kau akan terkejut tambahan pula kau mendaki selama 8jam. ha hambikk kau 8jam ye aku mendaki 8jam hokehhhhh mcm mendaki gunung Everest aku rasa. Sepatutnya pendakian hanya memakan masa 5jam tapi bagi amatur macam aku dan sahabat pendakian mengambil masa 8jammmmm!!!!

Bermalam satu hari tapi segala jenis benda nk bawak 
Kalau boleh Peti Ais pun nak hangkut jugak hokehhh

-Warming up-
Sebenarnya dah sampai cek point pertama untuk mendaki jam 5pagi
tapi masing-masing  tertido dalam kereta so start mendaki pada jam 7 pagi
ye dah terang!!

Muka ceria
sebab x tahu hazab lepas nie mcmana

ini adalah take 5 pertama 
setelah lepas satu cabaran yang pertama
ok sebenarnya bukan take 5 tapi take 1hour

Selepas 20 minit

Peluh pun dah kering so sambung mendaki

ok ini adalah take 5


Perempuan yang gigih!!!

Ini adalah take 1hours yg ke2


menyusuri sungai

ini adalah take 1hour yang ketiga

siap boleh tidur hokehhh!!

Moto sapa aku kurang periksa 

Ini take 1hour yang ke4
siap masak megi sebab dah lapo 
perut dah x tahan
ikut hati aku nk pacak khemah terus kat situ 
tp keadaan kat situ x sesuai utk berkhemah terpaksa la teruskan mendaki walaupun 
kaki dah kejang

lepas makan megi sempat mandi 
dan aku rasa bukan 1hour tapi lebih
dan sekarang korang tau kan cmne orang lain leh naik 5jam
tapi kitaorg sampai 8 jam
hambekkkk
berhenti rehat sampai 1 jam 

Ok dah sampai air terjun Lata Naning 
Tempat yang di tuju
sampai jam 5petang 
start masak perut dah gigil

Seluar kecik seluar besar
Baju kecik baju besar
semua ada


nasik goreng Lata Naning
aku tgh bergado dgn budak baju biru takda lengan (caca) masa nie


cubaan memujuk dari caca

Pas makan mandi
air dia
kemain sejuk habaq hang

Pagi sebelum turun
sempat bakar ikan lagi

KAMI

Berjalan ke air terjun

Kesayangan

Yeahhhhh!!!
Sejukkk gilaaaa

Kemain seronok
x ingat mak!


Hasil roti setelah sampai ke atas

Langkah pertama untuk turun

Posing lagi

Hujan separuh perjalanan turun
makanya kasut pun mula buat hal
terbukak sana sini
hasilnya kene lah ikat dgn tali rapiah

kali nie memang ngam take 5
sebab mental masing2 nak balik cepat

take 5 kedua

take 5 ketiga
hari dah start gelap


yeahhhh dah sampai bawah
tepat jam 10.30 malam

Cooling down la konon nya
takot esok x leh bergerak
tapi hasilnya tetap sama
7 7 orang mc
hambeeekkkk

Gonna miss Lata Naning
-Lot of memori- 


_____________________________________________________________________________

 Aku
** Penat tapi Fun
**Thanks korang atas segala kenangan yang terindah
**Waktu yang sangat berkualiti bersama sahabat tanpa BB ditangan masing-masing
** Pengalaman mengajar aku erti persahabatan sejati
**Dah start meeting untuk program lepas raya insyaallah akan mendaki ke Air Terjun Batu Berangkai di Kampar Perak :)

-muCux-

16 July 2012

Tangkuban Perahu, West Indonesia

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, July 16, 2012 3 000 Caci Maki Terpaut pada
Entry No Caption!!!















 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review