09 May 2012

#BISIK-FIXI

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, May 09, 2012 2 000 Caci Maki Terpaut pada
Novel seterusnya adalah #bisik.
1st time tgk cover bisik nie dalam hati aku cakap nie mesti novel seram yang biasa dikuatkan lagi bila aku baca sipnosisnya berkisah tentang Mikael yang kematian housemate akibat terjatuh dari balkoni dan kemudian Mikael berpindah rumah kerana kurang selesa dengan  keadaan rumah dan sedikit gangguan selepas kematian housematenya iaitu Amran.

Ya mulanya aku menyangka ini adalah novel seram yang biasa, gangguan Amran dan bisikan halus yang menganggu Mikael ternyata sangkaan aku meleset kerana Bisik lebih dari itu dan aku sama sekali tidak menyangka kesudahannya seperti itu(aku kira terlalu mudah).

Watak Nazzman dalam novel ini sebenarnya adalah sebab utama aku perlu habiskan bisik ini secepat mungkin. Aku perlu tahu sapa Nazzman dan mana datangnya Nazzman. Kewujudan Nazzman secara tetiba-tiba membuatkan aku menyelak semula helaian belakang takut-takut tertinggal point penting dimana datangnya Nazzman tapi ternyata penulis ingin bermain dengan otak si pembaca. Cuba mentafsir sendiri siapa Nazzman dan akhirnya sangkaan aku tentang Nazzman sedikit betul dan selainnya adalah tersasar.

Ok malas nak cerita panjang-panjang walaupun sebenarnya banyak lagi yang menarik, kalau korang memang suka membaca aku syorkan novel ini sebagai bahan bacaan nak lebih trill korang baca malam-malam.



______________________________________________________________________________
AKU:
 -Sedikit kurang mengerti bilamana Mikael hilang ingatan selama seminggu (Aku kira aku yang lembab utk mentafsir barangkali)
-Jalan cerita yang aku boleh agak tapi  pengakhiran yang sama sekali tidak sama dgn apa yang aku agak.
-Bodoh giler bila aku baca Bisik sorang-sorang kat rumah dan kene part  Mikael kene kacau time mandi dan itu jugaklah aku pernah rasa dan dengar terus tutup buku tido sambung baca esok!
-MIKAEL kejam sanggup dia bunuh kucing yang comel. 
-Loya n ngeri bila Suraya digergaji dan dikapak
-Mohon agar tidak dikurniakan kawan seperti Mikael. Scary weih!!

-muCux-

04 May 2012

ITU dan INI

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, May 04, 2012 2 000 Caci Maki Terpaut pada

Nak belajar menjahit
Nak belajar buat kek
Nak belajar buat biskut
Nak belajar buat roti
Nak belajar makeup
Nak belajar andaman
Nak belajar boxing
Nak belajar itu
Nak belajar ini
banyaknya benda aku nak buat
tapi satu patah haram kelas aku tak start lagi!!!
konon-kononnya masih mencari kursus yang sesuai
padahal. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
arghhhhhh stresssssss

Gambaran otak aku
semua yang terlintas aku nak buat
__________________________________________________________________________

*Sedang menghitung hari untuk ke pulau nan indah di thailand! kap kap sawadikap!

-muCux-


 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review