23 April 2012

TABU-Fixi

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, April 23, 2012

Salam Dunia,
dunia yang sentiasa kejam bagi aku, dunia yang semakin panas suhunya, dunia yang penuh dengan propaganda dan dunia yang penuh dengan cabaran. Semoga aku sentiasa kuat menghadapi cilake cilake dunia yang akan datang.

Dalam kesibukan duniawi sempat jugak aku mengabiskan bacaan barang satu dua buah novel fixi yang ada. Ya Fixi sekarang sudah menjadi kegemaran aku Tahniah fixi! Buku yang aku mahu kongsikan dgn kalian menghuni dunia sekalian ialah TABU. Tabu ialah novel ke2 dari Shaz Johar selepas Kougar.

Dalam Kamus Dewan tabu bermaksud sesuatu yg dilarang, atau pantang larang. Untuk melihat bahasa tabu (jika ada) masyarakat Melayu Sarawak sila rujuk buku-buku/kajian yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. 
Ok skg dah tahu maksud tabu? bagus.
Didalam tabu kita dibawa mengenali perempuan bertubuh besar seperti Bibi. Watak bibi dalam tabu bukanlah seperti perempuan-perempuan bersaiz XL yang ditunjukan didalam TV yg loser, rendah diri, dan tidak ada pendirian. Bibi seorang yang tegas, berotak dan aktif (aku kira). Bibi jugak mempunyai seorang kekasih berbangsa asing dari Kenya. Kedatangan Nadim sedikit sebanyak telah membuat Bibi dah kekasih bangsa asingnya selalu bertengkar. Rakan karib Bibi pula menyimpan 1001 rahsia, timbul pula watak Akil dan Budi makanya kalian harus beli dan baca sendiri. 
Aku kira Tabu ialah satu novel yang termasuk dalam senarai wajib baca. Ending Tabu jugak seperti Kougar yang kau kene menggunakan otak mentafsir sendiri.
_____________________________________________________________________________
AKU:
-Tabu membuatkan aku rasa tak perlu jadi cantik kalau keyakinan diri dan penampilan itu ada.
-Tabu membuatkan aku rasa semua orang dalam dunia nie mahukan kesempurnaan sedangkan diri sendiri tidaklah sesempurna mana (Satu babak dalam tabu yang aku rasa nyampah dgn bibi bila dia cabut lari lepas tengok nadim yang gemuk sedangkan dia membayangkan nadim yang comel agaknya dia lupa dia pun bersaiz plus)
-Tabu membuatkan aku menguatkan lagi prinsip aku "trust nobody"
-Tabu membuatkan aku berkata Tahniah Shaz Johar.
-Kaitan Tabu dgn bibi? baca sendiri korang akan dapat jawapannya.

-muCux-

3 000 Caci Maki:

jejaka anggun said...

thanks...

muCux said...

@jejaka anggunGiler berbesar hati penulis bagi komen anyway betul ka maksud tabu yang i bagi tu?or ada maksud lain yang penulis maksudkan

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.i dah follow blog comel ni.follow i balik ye..tq..;D

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review