19 April 2012

Kougar-Fixi

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, April 19, 2012
Alia as Model Kougar hihihi
(Nak jugak tiru gaya pose blogger lain buat)
Shaz Johar seorang blogger yang agak femes mengembangkan bakat beliau dengan menulis novel pertamanya berjudul Kougar. Kougar bermaksud puma betina tapi bukanlah puma betina yang penulis nak sampaikan dalam novel pertama beliau. 

Kougar merujuk kepada watak seorang perempuan separuh abad(40tahun) bernama Rakisha yang masih bujang. Jatuh cinta dengan seorang pemuda berusia 25tahun(Azril). Watak Kisha digambarkan seorang yang masih lagi bergetah yang mempunyai kerjaya yang biasa-biasa pertemuan pertama dgn azril didalam train membawa kepada status kekasih apabila kebetulan azril mendapat kerja dia tempat kisha dan di tempatkan dibawah jagaan Kisha.

Seperti biasa soalan-soalan tipikal yang akan diajukan kepada wanita  lanjut usia kisya juga tidak pernah terlepas membuatkan dia dipaksa untuk berkahwin dengan Razif. 

Azril, Datuk Emir, Razif dan Yusri antara nama-nama lelaki yang tersenarai dalam hidup Kisya. Pergaduhan antara Azril dan Kisya membawa kepada perkahwinan Kisya bersama Razif namun Razif bukanlah seperti masyarakat kampung gambarkan seorang yang alim dan baik tetapi Razif adalah sebaliknya. Muncul pula Yusri dan membantu Kisya lari dari Razif.

 Dan seterusnya kalian harus baca sendiri!!! Pengakhiran novel yang kita tidak jangka(barangkali). Penulis seperti ingin kita membuat kesimpulan sendiri tentang Kisya. Dan pengakhiran yang aku dapat simpulkan di kepala otak aku Kisya memang di takdirkan hidup sendiri :(
__________________________________________________________________________

AKU:
Pada mulanya aku akui novel ini agak membosankan diawal penceritaan. Aku mengambil masa 3hari utk aku abiskan bacaan pada awal novel kerana intronya agak lembab tapi makin lama makin sedap dibaca. Ending cerita bagi Azril dan Yusri jugak aku kira sangat realiti!!!

-muCux-

1 000 Caci Maki:

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review