25 April 2012

Andainya Kau Tahu

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 25, 2012 0 000 Caci Maki Terpaut pada


Ku lihat disana
Sepasang camar yang berterbangan
Menghayunkan sayap sebebas-bebasnya
Yang tidak lagi kan terluka

Tersentuhlah naluri hati ku
Tiba-tiba terharu
Bagaimanakah harus memula langkah
Untuk akukan mengulang cinta
Andainya ini adalah pembalasan
Kan ku relakan...

Hanya kini ku mula menyedari
Betapa mulianya hati mu
Kini aku merasai
Oh... pedihnya bila terluka

Kasih andainya kau tahu
Betapa hebatnya penyesalan daku
Kasih katakan pada ku
Masihkah ada ruang untuk diri ku

Berikan kesempatan kepada ku
Merawat luka hati mu
Kan ku padamkan api kemarahan mu
Dengan limpahan kasih sayang ku
Kan ku kotakan segala janji-janji
Yang ku mungkiri

Sesungguhnya ku tak ingin memaksa
Hanya ku harapkan kau percayalah
Selamlah dasar hati mu
Adakah aku di situ

Kasih katakan pada ku
Bagaimana lagi untuk memujuk mu
Kasih andainya kau terima
Akulah insan yang paling setia

23 April 2012

TABU-Fixi

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, April 23, 2012 3 000 Caci Maki

Salam Dunia,
dunia yang sentiasa kejam bagi aku, dunia yang semakin panas suhunya, dunia yang penuh dengan propaganda dan dunia yang penuh dengan cabaran. Semoga aku sentiasa kuat menghadapi cilake cilake dunia yang akan datang.

Dalam kesibukan duniawi sempat jugak aku mengabiskan bacaan barang satu dua buah novel fixi yang ada. Ya Fixi sekarang sudah menjadi kegemaran aku Tahniah fixi! Buku yang aku mahu kongsikan dgn kalian menghuni dunia sekalian ialah TABU. Tabu ialah novel ke2 dari Shaz Johar selepas Kougar.

Dalam Kamus Dewan tabu bermaksud sesuatu yg dilarang, atau pantang larang. Untuk melihat bahasa tabu (jika ada) masyarakat Melayu Sarawak sila rujuk buku-buku/kajian yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. 
Ok skg dah tahu maksud tabu? bagus.
Didalam tabu kita dibawa mengenali perempuan bertubuh besar seperti Bibi. Watak bibi dalam tabu bukanlah seperti perempuan-perempuan bersaiz XL yang ditunjukan didalam TV yg loser, rendah diri, dan tidak ada pendirian. Bibi seorang yang tegas, berotak dan aktif (aku kira). Bibi jugak mempunyai seorang kekasih berbangsa asing dari Kenya. Kedatangan Nadim sedikit sebanyak telah membuat Bibi dah kekasih bangsa asingnya selalu bertengkar. Rakan karib Bibi pula menyimpan 1001 rahsia, timbul pula watak Akil dan Budi makanya kalian harus beli dan baca sendiri. 
Aku kira Tabu ialah satu novel yang termasuk dalam senarai wajib baca. Ending Tabu jugak seperti Kougar yang kau kene menggunakan otak mentafsir sendiri.
_____________________________________________________________________________
AKU:
-Tabu membuatkan aku rasa tak perlu jadi cantik kalau keyakinan diri dan penampilan itu ada.
-Tabu membuatkan aku rasa semua orang dalam dunia nie mahukan kesempurnaan sedangkan diri sendiri tidaklah sesempurna mana (Satu babak dalam tabu yang aku rasa nyampah dgn bibi bila dia cabut lari lepas tengok nadim yang gemuk sedangkan dia membayangkan nadim yang comel agaknya dia lupa dia pun bersaiz plus)
-Tabu membuatkan aku menguatkan lagi prinsip aku "trust nobody"
-Tabu membuatkan aku berkata Tahniah Shaz Johar.
-Kaitan Tabu dgn bibi? baca sendiri korang akan dapat jawapannya.

-muCux-

20 April 2012

Poring Hot Spring-Ranau Sabah

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, April 20, 2012 5 000 Caci Maki Terpaut pada


Salam Dunia yang Fana
Terus melangkah ke tempat menarik seterusnya di Sabah! 
Papan Tanda bayaran yang di kenekan
Poring Hot Spring yang terletak di Ranau. Setakat hari ini poring Hot Spring di Ranau ni adalah poring yang lain dari lain yang pernah aku pergi tapi aku baru pergi 3 4 tempat je pun. 

Apa yang menarik kat poring di Ranau nie ialah dia bukan sahaja tempat air panas semulajadi malah kat situ ada jugak ada TropicalGarden, Orchid Center, Taman Rama-Rama, Canopy Walkway dan WaterFall. Aku takde la pergi semua tempat-tempat di atas Kita orang satu family cuma try Canopy Walkway ja walaupun mak aku seorang yang gayat.  

Nak Mendaki menuju ke Canopy Walkway tu aku tak pasti jumlah jaraknya tp yang aku tahu berpeluh ketiak aku weih. Mula-mula aku confident je masa mendaki tapi letak ja kaki kat canopy walkway tu zurpppppppp darah terus naik sampai kat kepala tetibe serta merta aku rasa nk terkucil tahap kat ujung2 tanduk puas aku kepitttttt jangan bg terkeluar, kaki pulak dah mula ketaq tapi berlakon cool malu kat jantan-jantan Sabah kat belakang kita orang tu. 1st laluan tak panjang sangat 2nd laluan panjang sikit 3rd laluan mak aiiiii panjangnya serius mulut aku tak berhenti selawat n mengucap takut tetiba tali tu putus alhamdulillah selamat sampai :) 


 
 Masa nie tgh pujuk mak untuk naik 
Macam-macam stail pujuk ada 
Setelah 15minit pujuk akhirnya mak kata ok :)

Tiket masuk ke Canopy Walkway
Rm3.00 utk pemegang Mykad
Dibuka dari jam 8am sampai 4pm
Bayaran masuk untuk yang lain aku xpasti

 Permulaan mendaki bermula

 Permulaan Canopy Walkway bermula

 Tak silap aku nie laluan kedua
bayangkan sendiri laluan ke3 panjang mana
 Budak gemok nie la yang paling semangat sekali

 Abah nie nampak je macam tak gayat dalam hati sapa tahu

 Mak mengambil masa setengah jam untuk memulakan langkah pertama
sambil menagis dan aku kira sure dah terkencing2 

 Kolam air panas yang paling panas 
menggelegak macam air baru masak


 Tab-tab air panas untuk org berendam
konsep sapa cepat dia dapat
kalau takde kosong kene tunggu org abis berendam


 
 -Bye-

_________________________________________________________________________
AKU:
Adik aku ajak try Canopy Walkway kat Taman Negara
Sumpah!! sumpah aku tak mau
dekat situ lagi scary dia punya Canopy semua tali dgn tangga-tangga pun tali pegang ja dah goyang kemain

-muCux-

19 April 2012

Kougar-Fixi

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, April 19, 2012 1 000 Caci Maki Terpaut pada
Alia as Model Kougar hihihi
(Nak jugak tiru gaya pose blogger lain buat)
Shaz Johar seorang blogger yang agak femes mengembangkan bakat beliau dengan menulis novel pertamanya berjudul Kougar. Kougar bermaksud puma betina tapi bukanlah puma betina yang penulis nak sampaikan dalam novel pertama beliau. 

Kougar merujuk kepada watak seorang perempuan separuh abad(40tahun) bernama Rakisha yang masih bujang. Jatuh cinta dengan seorang pemuda berusia 25tahun(Azril). Watak Kisha digambarkan seorang yang masih lagi bergetah yang mempunyai kerjaya yang biasa-biasa pertemuan pertama dgn azril didalam train membawa kepada status kekasih apabila kebetulan azril mendapat kerja dia tempat kisha dan di tempatkan dibawah jagaan Kisha.

Seperti biasa soalan-soalan tipikal yang akan diajukan kepada wanita  lanjut usia kisya juga tidak pernah terlepas membuatkan dia dipaksa untuk berkahwin dengan Razif. 

Azril, Datuk Emir, Razif dan Yusri antara nama-nama lelaki yang tersenarai dalam hidup Kisya. Pergaduhan antara Azril dan Kisya membawa kepada perkahwinan Kisya bersama Razif namun Razif bukanlah seperti masyarakat kampung gambarkan seorang yang alim dan baik tetapi Razif adalah sebaliknya. Muncul pula Yusri dan membantu Kisya lari dari Razif.

 Dan seterusnya kalian harus baca sendiri!!! Pengakhiran novel yang kita tidak jangka(barangkali). Penulis seperti ingin kita membuat kesimpulan sendiri tentang Kisya. Dan pengakhiran yang aku dapat simpulkan di kepala otak aku Kisya memang di takdirkan hidup sendiri :(
__________________________________________________________________________

AKU:
Pada mulanya aku akui novel ini agak membosankan diawal penceritaan. Aku mengambil masa 3hari utk aku abiskan bacaan pada awal novel kerana intronya agak lembab tapi makin lama makin sedap dibaca. Ending cerita bagi Azril dan Yusri jugak aku kira sangat realiti!!!

-muCux-

18 April 2012

Desa Dairy Farm- Melisau Kundasang Sabah

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 18, 2012 6 000 Caci Maki Terpaut pada
Salam sejahtera kalian
Entry sambungan holiday di Kundasang Sabah.
Antara tempat wajib tuju kalau ke Kundasang ialah Desa Dairy Farm (ladang tenusu terbesar di Sabah).
Satu lagi pengalaman menarik yang aku boleh tulis dan semat didalam buku kenangan kotak fikiran aku.
Pemandangan di situ cukup cantik sehinggakan aku tetibe berangan ada kat New Zealand tambah-tambah pulak aku pergi time lepas hujan dia punya kabus n sejuk tak hengat bak hang. 
Aku lupa pulak bayaran masuk kalau tak silap aku dewasa RM3 kanak-kanak atau student RM1 murah kan?
So dalam tu korang leh tgk cara proses susu segar lepas perah dari lembu terus packing then dah boleh minum. Memang fresh sangat harga susu tu pun sangat berbaloi!
Makanya kamu dan kamu yang akan pergi ke Sabah wajib kunjung ke Desa Dairy Farm hokehhhh!!
 
 Selamat Datang Kalian

 Lembu pun dengar cakap elok je beratur
kalau org mau kene pekik 10 kali baru nk beratur elok2 tambah-tambah
kalau beratur beli makanan kat pasar malam

 Kalau balang susu tu dah penuh 
maknanya lembu seterusnya kene bersiap sedia

Sambil perah sambil makan bagi banyak susu
(bila tgk nie aku teringat game yg aku selalu main bila bosan-bosan memang sebijik mcm nie)

 Kalau balang susu tadi dah penuh terus masuk kotak

Kotak yang dah isi susu segar
 
Aku tak pasti jenama apa sebab 
aku tak pernah nampak kat semenanjung

Abang-abang dan kakak-kakak packing

 See jalan basah lagi baru lepas hujan

 Asya Mak n Adik

 Kalau pakai camera canggih manggih gambar lagi lawa aku kira

 Kabus tebal dan sangat sejuk

 Lembu yang dah selesai diraba tetek






Tuan blog nak berposing itu harussss
 _____________________________________________________________________

Aku:
-Next kunjungan ke Sabah aku akan pastikan aku bawak camera yang lebih canggih utk pictures yang lebih gorjes
- Sedang berangan-angan nak buat pre weding disitu
-Mabul island tah bila nk dapat g nie :(
 

13 April 2012

Lari Bangun dan Jatuh itu Asam Garam Kehidupan

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, April 13, 2012 1 000 Caci Maki Terpaut pada

Lari 
Terjatuh
Bangun
Dan lari lagi
Terjatuh
Bangun 
Lari lagi dan lagi
Sampai kapan?
Aku sendiri tak tahu
Aku seolah-olah tidak serik dgn sakit itu
Apa yang dapat aku rasakan pada saat ini
Ya saat aku menulis ini
Sakit terjatuh itu seakan sudah lali dalam diri
Seakan sudah sebati 
Sakit jatuh itu sudah menjadi kawan karib aku
Cumanya sekarang aku seakan letih untuk berlari lagi
Makanya aku rasa elok benar jika aku berjalan 
Terus berjalan berjalan berjalan dan
Berjalan menikmati cilake dunia yang kejam ini
Mohon agar hati yang sedia parah ini bertabah
Bertabah dengan segala macam dugaan.




__________________________________________________________________
Aku:
Setia menanti bahagia itu singgah dan mengucapkan sesuatu yang enak didengar

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review