30 March 2012

Rumah Terbalik Tamparuli SABAH

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, March 30, 2012 3 000 Caci Maki Terpaut pada
Rumah terbalik di Tamparuli Sabah adalah destinasi wajib kunjung jika korang ke Kota Kinabalu Sabah.   Rumah pertama di Malaysia yang di bina secara terbalik. Barangan di rumah ini juga di letakkan secara terbalik. Perabot dan peralatan elektrik dilekatkan dengan menggunakan skru dan pelekat sahaja sebab tu jugaklah para pengunjung dilarang daripada menyentuh, memegang atau menarik barangan yang dipamerkan. Laluan di dalam rumah itu jugak dikhaskan korang tak leh suka-suka nak main lalu je.  Menurut pekerja di situ konon-kononnye anak tuan punya rumah nie terlalu nakal sampai terbalik rumah nie hehehe. Pengunjung juga tidak dibenarkan pengambil gambar atau video ketika berada di dalam rumah.


Bayaran masuk 
RM18 Dewasa
RM5 kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.
RM10 (Dewasa Mykad)




 Orang degil bergambar padahal ada notis 
"jangan sentuh kereta nanti kereta jatuh"

 Nak masuk dalam rumah nie pun tak boleh ramai-ramai







__________________________________________________________________________
Aku:
-Teringat zaman nakal-nakal dulu atok aku selalu bising "weih korang nie main sampai terbalik rumah dibuatnya" camnie la rupenye klau rumah terbalik tapi rumah terbalik nie bersih kemas je.
-10 minit dalam rumah tu aku dah rasa pening nak muntah mana taknye semua benda kat atas kepala yg kat bawah kipas dgn lampu je.
- Kagum dgn orang-orang yang buat rumah nie berjam-jam pandang atas.

28 March 2012

Entri Terima Kasih buat sahabat alam maya

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 28, 2012 2 000 Caci Maki Terpaut pada
Salam hormat kepada anda dan anda.
Entri kali lebih kepada entri terima kasih atau entri penghargaan buat sahabat alam maya aku iaitu incik azli atau lebih manja dgn liee kupak. Tak tahu apa mimpi dia bagi aku hadiah nie apa-apa pun terima kasih ye lalink muahxxxx!!! lain kali bagi lagi 
jom tengok apa yang dia bagi.

Kepada Qurratul Aini Yahaya

Daripada Azli yang baik hati :p

 Tadaaaaaaa~
Jersi Negeri Sembilan rupanya
dgn harapan aku akan jadi penyokong N9 lah tu
 oh itu tidak mungkin incik azli 
Hati aku tetap dgn Red Giant walaupun tetibe nanti suami aku org N9 

 Actually dah selalu sangat dah incik azli ni ajak tgk bola sesama 
tapi kengkangan waktu aku sangat tidak mengizinkan 
hopefully satu hari nanti dapatlah aku dgn dia sesama tgk bola
(incik azli sila masukan "tgk bola bersama mucux" dlm wish list besday ye) 

 Incik azli nie seorang fan N9 dan Chelsea yang sangat tegar
tapi aku rasa sejak kebelakangan nie dia mcm dah beralih arah ke Man Utd
mungkin sebab Chelsea dah tak power kot  hihihihi
sungguh lalang!!


dan incik azli nie jugak adalah seorang usahawan oblong yang berjaya 
dan bergaya kek kampung dio 
kampung dio kek lenggeng N9 alah doket sobolah Broga
kalau korang g Broga tu singgah la kodai burger dia.
Dia leh bagi free sebab dia sangat baik hati.


 Dan yang uniknya pasal kami nie berkawan selama 3tahun lebih tapi tak pernah sekali pun jumpa
padahal N9 dgn putrajaya bukan la jauh mana  


Dan last sekali Terima Kasih kerana sudi menjadi pendengar dan meneman yang setia 
kepada si gadis yang sangat emosi ini dan 
semoga persahabatan terus kekal 
_______________________________________________________________________________
AKU:
-Berkawan biar beribu tapi kalau berkawan beribu pun kalau setakat hari nie tegur pastu esok dah lupa baik tak payah kawan. 
-Tak kira apa jenis or perangai kawan pun janji kau ikhlas dan pandai membawa diri, kau akan rasa happy bila berkawan.
-Bagi aku selain family kawan adalah orang yang terpenting dalam hidup aku sebab itu aku sangat menghargai teman-teman rapat aku :)

27 March 2012

The Garden Cafe- Sungai Ramal Bangi

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 27, 2012 5 000 Caci Maki Terpaut pada
Salam sayang. . . 
Rasanya dah lama aku tak update entry pasal tempat makan so hari nie aku terlebih rajin dan ada masa terluang sikit, aku dengan rasa rendah diri nak ajak korang-korang yang memang kaki makan singgah dekat The Garden Cafe Sg Ramal Bangi. The Garden Cafe nie terletak di Lebuhraya Kajang -Silk kalau korang dari Putrajaya korang kene buat pusingan U then masuk ke simpang sebelah Shell dan terus ambik kanan Oh damn! aku memang fail dalam memberi direction so pandai2 la korang ye. Konsep Restaurant atau cafe nie macam biasa la ala ala garden tgk nama restaurant pun dah boleh bayangkan konsep restaurant macamana kan? Kalau tanya pasal harga bagi aku errmmmmm boleh tahan la. Kalau tanya pasal rasa aku bagi 3/5 bintang. Kalau tanya decoration pulak aku bagi 4/5 bintang.

















_______________________________________________________________________________
AKU:
-Makan adalah hobi aku ketika free dan berduit tetapi bila berat semakin naik hobi itu bertukar menjadi musuh ketat.
-Terima Kasih adik belanja semperna 1st gaji nanti 2nd gaji 3rd gaji dan gaji seterusnya belanja la lagi :)

16 March 2012

Jom belajar Kelaka Sarawak (Jom belajar cakap Sarawak)

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, March 16, 2012 1 000 Caci Maki Terpaut pada
Bahasa Melayu SarawakBahasa Malaysia
KamekSaya
KitakEngkau
NyaDia
SikTidak / Tak
Sik AdaTiada
SikbohJangan
KenakKenapa
SitokSini
SinunSana
SiaDisana
SineDimana
NeMana
MadahCakap / Beritahu
KelakarBercakap / Bersembang
SidaknyaDia orang
SidakOrang
EmpunPunya
KinektokSekarang
DudiKemudian
GagoSibuk
YaItu
Ari MarekKelmarin
Ari YaHari Itu
BulakBohong
TukukKetuk
PaluPukul
TikamBaling / Lontar
CongekManja
GelikRisau
SigitSatu
Duak igitDua
Tiga igit dan seterusnyaTiga dan seterusnya
BiakBudak
Miak kecikBudak Kecil
DebahDibawah
NyamanSedap
MotorKereta
PaloiBodoh
Kedak yaMacam itu
GiaMacam itu
Cam yaMacam itu
KembangBengkak
LawaSombong
KacakCantik
GilakSangat
CeridakTak Terurus
NgamborBersepah
EntingalDegil`
PlenteMain-main
NekikNaik / Panjat
GerukTengkuk
SometMisai
JerayaJalanraya
SingkolRasa Pelik
PasarPekan
NeraisTeriak / Jerit
NyeringBunyi kuat
LamakLama
TunggahPanggil
TemuJumpa
PusakKucing
AsukAnjing
ManokAyam
GadungHijau
LejukJemu
BaitBaik
BelonKapalterbang
GerekTeman Lelaki / Wanita
BergerekDating
CanTeman Istimewa
LanJom

___________________________________________________________________
Aku berkata:
Cikgu aku dok belakang aku ni ja seronok bila dgr dia dok kecek sarawak ngan family dia. 
Hari-hari dgr aku pun leh ckp sarawak nanti :)


-muCux-

14 March 2012

Najwa Latif - I Love You

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 14, 2012 4 000 Caci Maki Terpaut pada



lyric

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata.

Mungkin aku .. mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku .. mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu.

I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.

Mungkin kita tak bersama di takdir-Nya,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku .. mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku .. mencintaimu dalam diam atau pun bisu,

I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.

I’m sorry but I love you ..
___________________________________________________________

Aku berkata
Aku x berkenan sangat dengan najwa latiff nie sebenarnya 2 lagu dia yang sangt suck bagi aku  carta hati n FB mmg nak muntah aku dgr dua lagu tu tapi terima kasih tuhan kerana beri najwa peluang nyanyi dua lagu lain yg sedap di dgr Kosong dan I Love You.

-muCux-

06 March 2012

Pecah-Fixi

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 06, 2012 7 000 Caci Maki Terpaut pada
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas
Ah persetankan intro aku -aku memag lembab dengan intro.

Selepas DENDAM dihabiskan kini tiba giliran pecah. Seiring dgn tajuk, pecah adalah satu novel yang bila mana kau baca akan terkeluar dari mulut kau ohhh, eh, ahhh dan satu perasaan ingin tahu yang membuak -buak apa akan terjadi seterusnya.

Bermula dgn rompakan di CIMB bank, Rumah Seri Memori, Herman, Alan, Bakar, Kazim dan Lydia adalah saling berkaitan. Bertemu di Hospital Ampunan Rahimah dan satu demi satu rahsia pecah. 

Pecah membawa kita dari satu babak sekarang berhenti then ke babak "flash back" berhenti kembali ke babak skg bersambung ke babak "flash back" membuatkan kau terus ingin tahu apa kaitan semua watak-watak dalam novel. Aturan babak sekarang dan "flash back" membuat kau akan terus faham dengan jalan ceritanya.

Pada aku jalan cerita yang segar dan kontemporari serta berbeza daripada yang lain. Ia merangkumi setiap aspek iaitu cinta, komedi dan juga seram. Setiap watak ada cerita tersendiri berbeza dari novel lain yang hanya memfokuskan pada satu watak utama. Aku kelaskan Pecah ini sebagai fiction dengan rentak crime thriller dan sekali lagi fixi tidak mengecewakan aku.



Pecah jugak bakal difilemkan dan sedang dalam proses pengambaran. Wahhh aku sangat teruja. Aku mengharapkan filem pecah sehebat novelnya. 






______________________________________________________________________

aku:
-aku rasa pelakon dalam filem pecah ini memang sesuai sangat dengan watak yang digambarkan dalam novel tambahan pula ada pelakon feberet aku sofi jikan memang tak sabar nak tunggu filem keluar april ini.
-Next review fixi mayb cekik tapi belum oder lagi :)

02 March 2012

Cilaka seorang manusia

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, March 02, 2012 6 000 Caci Maki Terpaut pada
hp menari-nari riang
mengejutkan sang tuan
yang sedang lena diulit mimpi indah
mengapa dikejutkan sang tuan itu
disaat dia sedang bermimpi indah!
disaat dia sedang dibuai perasaan!
disaat dia sedang menyanyi riang!
mengapa?

ah persetankan mimpi indah semalam
kerana realitinya adalah sangat kejam
Sang tuan bingkas bangun dan
memadam semua mimpi indah semalam
kerana dia tahu realiti yang dia akan hadapi
adalah cilaka
ya!! hidup ini memang cilaka
cilaka yang manusia sendiri buat!!

Cilaka dengan manusia yang berpura-pura!
Cilaka dengan manusia yang hidup dengan menipu!
Cilaka dengan manusia yang tidak mengenang budi!
Cilaka dengan manusia yang hidup atas kecilakaan orang lain!

Buat apa digambarkan indahnya kehidupan
sedangkan indah itu hanya seketika
buat apa dijanjikan seribu janji
sedangkan janji itu kau juga yang khianat
Buat apa dibelas
sedangkan belas itu tidak kau hargai
mengapa perlu dibohong dgn semua cerita itu?
andai kebenarannya terpampang luas!!

Manusia sangat kejam
Manusia macam-macam




-muCux-
 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review