23 February 2012

Dendam- Fixi

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, February 23, 2012
Dari kecik lagi otak aku ini memamg selalu disonggokkan dgn novel-novel cinta tipikal org melayu. Novel yang mengambarkan betapa indahnya dunia berkasihan dan kebanyakkan novel jalan ceritanya yg agak sama "kawin kontrak" "kawin paksa" "suami jahat" "isteri terlalu baik" sampai satu tahap aku rasa aku sangat bosan dgn cerita-cerita tipu yang mcm tu atau mungkin aku dah besar dan mampu berfikir mana realiti mana dongeng atau mungkin sebenarnya aku tidak mencari novel-novel yang sedikit terpesong dari landasan kisah dongeng ini atau itu mmg x wujud. lama jugak la hati ini merajuk memboikot novel-novel tipikal macam ombak rindu, gemersik kalbu, adam hawa dan segala bagai nama perempuan sampai la aku terjumpe publisher Fixi dan lejen press dan aku sangat bersyukur aku jumpa dorg sbb novel2 keluaran dorg sangat bermutu dan urban dan 1st novel yang aku beli adalah DENDAM. 

Bila aku baca dendam ini aku akan ingat semua benda-benda yang pernah berlaku di malaysia ini. Keangkuhan polis misalnya dalam novel nie kita boleh nmpk realiti sebenarnya kehidupan polis ini tak la mcm dlm novel dan drama-drama melayu tipikal terlalu sanjung polis tapi hakikat sebenarnya ternyata sangat berbeza dan dengan beraninya dendam memaparkan realiti tentang rasuah golongan atasan dan pak pak menteri nie utk merebut tender atau apa sahaja keuntungan "orang kaya semakin kaya" tak terlepas jugak tentang sex dan perempuan sana dan sini.

Nama dan watak di dalam dendam ini jugak secara automatik membuat otak aku terus tertumpu dan membayangkan pada kejadian-kejadian dan orang-orang di malaysia ini. Dendam jugak tidak terlalu komplek dari segi penyampaiannya dan bahasanya pula menggunakan bahasa mudah difahami. Baca novel nie buat aku tak sedar aku menyelak sehelai helaian ke helaian seterusnya pendek kata tak sedar sebenarnya sudah hampir ke klimaks. 

pada kau! kau! dan kau! ye kau! yang rasa inginkan perubahan dalam bahan bacaan yang santai dan realiti kau boleh la beli novel-novel fixi ini DISINI




inilah penulis DENDAM
-gambar ihsan dari incik gugel-


AKU BERKATA:

  • Cilake! kenapa aku semakin skema nie!! oh mungkin sebab aku baru je Like fanpage A.Samad Said kot.
  • Mohon perubahan pada kalian yang masih duduk ditakuk itu!
  • Penulis Novel ini Dr Affifudin Omar ialah Bekas Timbalan Menteri Kewangan(1995-1999) dah tentulah novel itu ditulis berdasarkan pengalaman beliau ketika menjadi ahli politik dan ahli perniagaan satu ketika dahulu.
-muCux-

6 000 Caci Maki:

FD said...

skema ke arh kebaikn kot
http://memorifd.blogspot.com/
http://memoridanisha.blogspot.com/

muCux said...

@FD skema yg aku geli
neway thanks ya :)

FD said...

i'm tagging u
http://memorifd.blogspot.com/2012/02/segmen-tambah-follower-tanpa.html

Sue_Echan said...

da pegang da buku ni.. gmbr kat cover ti sbijik muke penulisnye..

muCux said...

@Sue_Echan penulis masa muda mungki tapi dlm buku 2 model nye org lain huhuhu
pegang je? bila mau baca?

FD said...

model bnama jay..

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review