26 January 2012

SAYANG ke BODOH????

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, January 26, 2012 5 000 Caci Maki Terpaut pada

Salam sejahtera, salam sayang, salam rindu, salam kemesraan, salam 1 Malaysia sahabat semua :)
Harap Maklum aku sekarang nie telah di serang virus 'M' makanya blog di update mengikut mood ya puan-puan. 

berikut adalah perbualan antara aku dan sahabat

Sahabat: Beb aku kat genting nie tgh bercuti dgn dot dot dot
Aku: Dot Dot Dot mane?yang nie ke?__________
Sahabat: yela sapa lagi dia la.
Aku: kau kapel ngan dia ke?
Sahabat: Aah
Aku: Beb aku rasa dia dah ada gf x caye kau tgk Fb dia.(Cuma risau sahabat tertipu dgn lelaki)
Sahabat: aah aku tahu tapi aku sayang dia beb. aku x leh hidup tanpa dia. Biarla kalau ada jodoh dia ngan aku aku syukur klau xde aku redho. aku pernah bergaduh ngan gf dia tp aku peduli apa aku sayang dia. sayang sangat sangat
Aku: .................................

**aku tak tahu la nk kelaskan sahabat aku nie kat mana tapi secara kasarnya aku nampak yang dia bodoh. Sayang boleh tapi jangan bodohkan diri sebab sayang. pengakhirannya kau sendiri dah nampak dgn jelas. bagi aku kau hanya tempat dia hilangkan bosan kalau dia betol2 sayang kau nape perlu dia ada gf? oh mungkin kau yg rampas dia dari gf dia tapi x mungkin wujudnya rampas sedangkan dia masih berpacaran dgn si gf dia. tolongla jangan jadi hamba cinta cinta ini sangat indah kalau kau benar-benar menghayatinya kalau kau benar-benar bagi cinta kau pada yang benar-benar menyintai kau!!! kesudahannya pasti kau jugak yang terluka percaya la sahabat. aku mohon agar otak kau boleh berfikir dgn waras jgn berfikir ikut nafsu dan emosi. jangan tunjukan perempuan nie sangat lemah dan senang utk dipermain.

p/s: cerita di olah sedikit supaya pembaca lebih memahami.
p/s/s:andai kau terbaca entri nie ketahuilah wahai sahabat bukan niat aku runtuhkan kebahagiaan kau tapi percayalah semua ini akan berakhir dgn satu kesilapan yang besar. mohon maaf dari aku.



-muCux-

06 January 2012

Ikan Bakar Parameswara- Umbai Melaka

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, January 06, 2012 6 000 Caci Maki Terpaut pada
-Makan-makan cuti sekolah-
Kali nie jom kiter singgah Pangkalan Pernu Umbai pekena ikan bakar. Sebenarnya aku dah lama dah plan nak pergi pekene ikan bakar kat umbai nie tapi banyak sangat halangan akhirnya dapat jugak aku g tapi itu pun tak cukup korum mengidam punya pasal sampai tinggal semua yang tak dapat pergi sebab sang tekak dah tak boleh tunggu hari lain dah.Punya lah beriya sangat nk pergi pun sebab ramai orang dok kata kat situ best sedap n terbaekkkk so apa lagi wajib try la. 

Masuk je kawasan medan ikan bakar pangkalan pernu nie kene bayar parking rm2 pastu bila korang masuk je berderet gerai ikan bakar, ikan bakar pak mat la ikan bakat aminah la ikan bakar mucux la macam-macam ada tinggal korang nk pilih je dan pilihan aku tentu la ikan bakar parameswara yang org dok cerita sedap sangat 2. lokasi parameswara nie hujung skali dan tempat dia pun lebih besar dari gerai2 ikan bakar yang lain sebab ramai org. nak pilih ikan pun beratur panjang weih!!! tambah-tambah hari cuti.


 selamat datang ke ikan bakar parameswara

Mula-mula sampai korang kene cari meja then baru korang pilih ikan tapi jangan korang tunggu pelayan datang ambik oder korang sebab korang yang akan pergi kat pelayan utk oder :)

 lepas pilih meja seorang boleh la dok kat meja 2 takot orang lain ambik yang lain boleh g beratur pilih ikan udang sotong or makanan laut yang lain. lepas pilih makanan laut korang ckp skali kat pelayan 2 korang nk masak apa lepas dia tulis menu korang dia akan bagi no meja so korng bwk no meja 2 kat meja korng then akan dtg sorng lagi pelayan utk ambik oder air korang.

 antara menu yang "kita all" pilih- udang masak pedas

aku bagi 5 bintang memang sedap menjilat jari :)

 sotong tepung pun sedap

 Kailan ikan masin jugak terbaekkkkk

Rm9.00 sepinggan cukup untuk 4 orang makan

 ikan kerapu bakar cili.
korang boleh pilih nk bakar cili or bakar biasa
sekilo rm39 

 last sekali menu wajib sambal belacan

tengok pict aku tengah makan nie je korang leh pikir sendiri sedap ke tak 

 Mr n Mrs LOYAI

 lepas kenyang makan singgah bandar melaka snap2 pict n jalan 
macam esoknya kitaorang x keje
g keje penat n mengantokkkkk ya amat!!!

** untuk korang yang nk g tapi x tahu korang taip je kat GPS korang medan ikan bakar pangkalan pernu. yang aku nie x tau g taip ikan bakar umbai tah kemana2 tah gps 2 bawak :(

medan ikan bakar 
pangkalan pernu
umbai 74560 melaka
tel:06-2616106
fax:06-2863229
h/p:012-3152301(incik jalaludin said)


-muCux-

05 January 2012

Doli Kuey Teow Goreng-Taiping Perak

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, January 05, 2012 4 000 Caci Maki Terpaut pada
-Makan-makan cuti sekolah-

Singgah dinner kat Doli kuey teow goreng Taiping Perak.
Apa yang special kat sini dah tentu la kuey teow goreng nama pun Doli kuey teow gorengkan dari info yang terdapat kat kedai tu Doli Kuey Teow goreng telah mula beroperasi sejak tahun 1975 dari sebuah gerai kecil ke sebuah restoran besar. Kalau anda berkunjung di restron tersebut anda akan dapat  lihat gambar gerai lama doli yang beroperasi di tepi jalan di pamerkan di situ.

Doli kuey teow goreng ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di  Taiping, Perak Darul Ridzuan. Doli terkenal dgn Kuey Teow goreng dan kuey teow goreng special. Ada jugak lain-lain hidangan seperti Nasi Ayam dan Mee rebus tapi klau korang dtg sini nk oder merepek-repek memang takde la sebab menu dia ada 5 je  so korang tak payah pening kepala nak belek menu sampai 1jam sebab nk pilih nak makan apa :)



  Notis amaran nie mungkin sebab ramai budak yang dah tersepit kat pintu dorng kot :)

 Makanan yang di sediakan hanya 5 jenis

 Air lagi banyak dari makanan

 aku punya air: air buah campur (aku lupa nama air 2 dalam menu apa)

 Nasi Ayam

 Ayam kepada nasi ayam

 Kuey Teow Special

 Beza antara kuey teow biasa dan speacial adalah jumlah udang

Korang akan jumpe udang yang sangat meriah dalam Kuey teow goreng special

korang total sendiri la harga dia 
bagi aku tidaklah mahal sangat


Doli Kuey teow goreng in perak 
No 5, regat Tupai
34000 taiping perak 

Doli franchise in KL :
Doli Kuey Teow Goreng
No. 16, Jalan Wan Kadir 4
Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur
Tel: 03-77225351

p/s: aku x pernah tahu doli nie ada franchise kat KL b4 nie.

-muCux-

04 January 2012

Night Safari Taiping

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, January 04, 2012 2 000 Caci Maki Terpaut pada
-Jalan-jalan cuti sekolah-
Lepas penat berjalan kat Penang singgah plak kat Perak 
antara tempat yg di kunjungi ialah:

Night Safari Taiping.
"merupakan yang pertama di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran." 

Malangnya masa "kita all" singgah kat night safari ini cuaca tak mengizinkan tapi alang-alang dah sampai teruskan jugak la. Oleh sebab hujan so terpaksa  la naik train yg di sediakan tak dapat la nk tgk binatang-binatang ni secara dekat maklumla naik train bukan dia benti lama-lama pun nk snap gambar pun x sempat dan lagi satu binatang byk x keluar sebab sejuk :p







 Sedang memilih "cenderahati" sementara tunggu nak masuk Night Safari

 adik aku mengabiskan duit

 Antara benda yang di beli

 Abang n Kakak yang sangat ramah melayan "kita all"

Train membawa "kita all" jalan2 dalm zoo 
di waktu hujan sedang membasahi bumi

 Serius x nampak apa klau masuk time hujan 
tapi ada la jugak nmpk 2 3 ekor burung hantu

 si kuda belang yang x takut dgn hujan
binatang lain semua nyorok dalam rumah masing-masing
samaada sejuk atau "dia all" takut demam
rugi tau i byar mahal2 tapi x dpt tgk u all waktu malam

waktu melawat
8.00a.m till 11p.m
dubuka setiap malam termasuk cuti umum.
8.00am till 12.am
pada hari sabtu dan malam sebelum cuti am.

Bayaran Masuk 
Dewasa: RM16
Kanak-kanak: RM10
(3-12tahun)

-muCux-


 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review