21 December 2011

Warna Warni Pesta PuLau Pinang 2011

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, December 21, 2011
-Jalan-jalan cuti sekolah-
Pesta Pulau Pinang ini adalah acara tahunan negeri Pulau Pinang. Kata puan emak pesta pulau pinang nie dari zaman dia kecik-kecik lagi dah wujud dan aku dah 2 3 kali puan emak bawak masa kecik-kecik dulu.  Tapak pesta terletak di Sungai Nibong, Pulau Pinang xpernah berubah tapak pestanya dulu kini dan selamanya.

Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang pesta berlangsung dari 28 November 2011 sehingga 1 Januari 2012. Ramai mak pak ambik kesempatan bawa anak-anak berhibur dengan pelbagai hiburan yang disediakan di Taman Hiburan Euro Fun Park maklumlah cuti sekolahkan. Selain itu, pengunjung berpeluang membeli belah di gerai-gerai pelbagai jualan dan menikmati dan membeli pelbagai juadah dari penjual makanan dan minuman terkenal di Pulau Pinang. Pelbagai pertujukkan khas dan unik disediakan seperti pertujukkan gadis bersama ular, persembahan tayangan dan pameran 3D , konsert artis-artis terkenal tanahair serta persembahan kebudayaan pelbagai negara. 






 














Mak aku ckp dulu masuk free cuma nk main je kene bayaq tapi la nie masuk pun kene bayaq tapi xde la mahai sangat berpatutan la :)

Harga Tiket : RM 3.00 - Dewasa | RM 1.00 - Kanak-kanak
Masa Pesta : 6.00pm - 11.30pm 
 

0 000 Caci Maki:

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review