05 October 2011

RINDU yang semakin menebaL

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, October 05, 2011
hye uols~
Mood aku pagi ini masih dalam mood rindukan dia dalam erti kata lain mood jiwang jiwangan cehhhwahhhh!!
Entah kenapa sejak dua menjak nie aku asyik teringatkan dia dan perasaan rindu ini seakan menebal dalam diri aku dan utk pengetahuan semua perasaan rindu ini sangatlah membuat aku terseksa!! aku rasa diri aku dah cukup kuat utk lupakan dia tp sebenarnya tidak semakin aku cuba lupakan dia makin dekat bayang dia dengan aku. Setiap nafas yang dihembus setiap degupan jantung aku selalu fikirkan dia dalam sedar dibuai angan dalam tidur dan khayalan aku selalu fikirkan dia. 




Dah macam-macam cara aku buat utk lupakan dia tp hasilnya adalah hampa otak aku masih tertulis setiap inci kenangan bersama dia tanpa tertinggal walaupun sedikit. Andai dapat aku keluarkan otak aku dan kikis segala macam perihal tentang dia itu adalah satu bonus bagi aku. Kadang-kadang aku terfikir alangkah seronoknya tetiba kepala aku terhantuk ke dinding dan aku terus hilang ingatan, aku lupa semua kisah aku dan dia, aku lupa semua pasal dia, aku lupa yg dia pernah wujud dalam hidup aku, aku lupa itu dan ini tentang dia. Argghhhhhhh!!!!!! itu tak mungkin!!! tak mungkin aku dapat lupakan dia kerana dia sentiasa ada di hati aku setiap masa. 

DIA telah berjaya!!! tapi. . . .. . .
 Andai dapat aku undurkan putaran dunia akan aku ubah semua kata-kata dan tingkah laku aku yang menguris perasaan dia akan aku jaga setiap inci hati dia.
Manusia memang tidak lari dari kesilapan dan aku sangat mengharapkan maaf dari dia adalah maaf yang ikhlas dari hati. 




Perlu aku akui disini dia telah byk mengubah hidup aku menjadi manusia yang lebih sempurna dan sifat menghargai sesama manusia. Ada hikmah yang sangat besar di sebalik semua ini kerana semua itu aku belajar selepas dia hilang dari hidup aku dan aku mengharapkan peluang kedua tetapi aku rasa itu adalah tidak mungkin kerana sangat jelas dan ketara aku sudah tidak ada di hatinya walaupun sebesar hama.

Berharap agar aku juga menjadi seperti dia begitu mudah dan cepat lupakan semua ini.
hye! macamana kau lakukan? mcmana senangnya kau lupakan semua ini?macamana????????
adakah kerana memang tiada langsung perasaan sayang kau pada aku???????oh damn!!!

p/s: Mengharapkan wish dari sang dia pada besday aku last week tapi :(
p/s/s: Besday sang dia x lama lagi patutkah aku???????
p/s/s/s: Hati masih tidak terbuka pada insan lain.

-muCux-

4 000 Caci Maki:

Faztee Danisha said...

JUST WISH HBDY..N TRY SAY HI..MANE TAU STILL ADE HRPN

muCux said...

kak wish itu insyaallah tp klau kata bab harapan nie mmg tidak akan ada harapan. . .
bukannya aku x pernah cll n msj dia dari situ mmg dah terang2 xde harapan. . aku rase aku dah move on tapi ermm tah la ssh nak ckp hihihihi

Faztee Danisha said...

ok bnykkn bsabar like me..stiap ksushn dan penderitaan pasti ada pengakhiran kegembiraan

dh tgk ha..ok simple n nice..i pn dlm proses renovate blog..ngah boring..header nk tukr lagi..kali ni wt theme wne perak..

muCux said...

kekuatan bersabar tu x kuata la kak
hihihihih

wahh wane perak
i loikeeee!!

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review