29 April 2011

ZIKIR MUNAJAT

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, April 29, 2011 2 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam semua~
Di pagi jumaat yang mulia nie jom sesama bersih kan jiwa dgn ber zikir. . .
Semoga hati kita terhindar dari sifat-sifat mazmumma.





Dr Badrul Amin - Alunan Zikir Munajat 1

This mp3 found @ weblagu.com

28 April 2011

RINDU pada MEREKA YANG DULU

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, April 28, 2011 5 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue~
Harap semua dalam keadaan yang ceria hendaknya. Perut terasa lapar tapi xmau ikut sangat kata perut nie sbb bekpes tadi aku dah melantak kaw-kaw then x sampai jam 1 perut aku dah bunyi-bunyi memang nak kena la kan, klau aku ikutkan kata perut nie alamatnya aku akan jadi OBES!!!
MOOD: Sedih rasa nak nagis tersedu sedu sambil tekup muka kat bantal. Sebab apa? aku sendiri x taw tp ada kene mengena dgn tajuk entry aku.

Selalunya aku tgk kat tv je pasal masalah dalaman family nie tp kali nie benda macam tu jadi depan mata aku. Aku sendiri x tau mana silapnya  n apa puncanya(myb sbb "DIER") yang pasti semuanya berubah kalau dulu rapat skg jadi x rapat, kalau dulu sayang skg jadi x sayang, kalau dulu mesra skg jadi x mesra, kalau dulu bertepuk tampar skg lalu sebelah pun x bertegur. Gurau senda, gelak tawa semua dah hilang, hilang tah kemana. Semua dah jadi cam orang asing. 
RINDU pada MEREKA YANG DULU. . . 

Pesan Memesan 
**sayangilah mak abah selagi mereka masih bernafas
jangan biarkan mereka menangis kerana sikap dan perbuatan kita

jagalah mak abah  tika mereka tidak berdaya
kerana mereka sanggup menjaga kita tika kita sakit

mereka melahirkan, menjaga dan mendidik kita
balaslah jasa mereka walaupun hanya sebesar zarah
namun, ianya tetap takkan terbalas. . . 

Kasih Ibu membawa ke Syurga Kasih ayah SELAMA-LAMANYA. . . . 
walaupun mulut kata tak kisah namun jauh di sudut hati 
mereka aku pasti mereka sangat rindu kalian.

-muCux-

27 April 2011

Konsert Wings Opera Hidup di Istana Budaya

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 27, 2011 12 000 Caci Maki Terpaut pada
Tarikh        : 29 April – 1 Mei 2011
Masa        : 8.30 Malam
Tempat        : Panggung Sari, Istana Budaya   
Tiket                                :            RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 & 
                                                      RM450(Ekslusif bersama Wings)
Tempahan/
Maklumat Lanjut      :                 Box Office,
                                                       Istana Budaya,
                                                       Jalan Tun Razak,
                                                       50694 Kuala Lumpur.
                                                       Tel : 03-40265558















:
 
Plan tempat duduk Penonton
 
Konsert nie kat Istana Budaya so istana Budaya nie bukan tempat-tempat yang kite leh redah jew kat sini aku lampirkan sekali etika-etika pemakaian di Istana Budaya. xdewlah nanti sampai sana korang kene halau sebab xdew etika pemakaian Istana Budaya plak.

Etika Penonton

Orkestra/Koir
Sut rasmi, batik atau kemeja lengan panjang.

Teater

Kemas, sopan dan bersesuaian.
 
Tidak Dibenarkan Memakai
Seluar jeans yang lusuh/koyak, kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar.
 
Peringatan Penting
Penyambut tetamu Istana Budaya berhak menghalang sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut daripada menonton persembahan. Program yang dijadualkan bakal berubah tanpa notis awal. 
  • Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar.

  • Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula.

  • Penonton yang lewat akan dibawa ke bilik menunggu sebelum dibenarkan masuk ke auditorium pada masa yang sesuai.

  • Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium kecuali bagi produksi khusus untuk kanak-kanak.

  • Hanya bagi persembahan matinee sahaja, kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan masuk dengan syarat ditemani oleh orang dewasa. Bayaran akan dikenakan untuk menonton.

  • Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk tanpa kebenaran Pengurusan Istana Budaya.

  • Telefon bimbit dan alat kelui hendaklah dimatikan sewaktu memasuki auditorium.

  • Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam auditorium adalah tidak dibenarkan sama sekali.

  • Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga. Istana Budaya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut.

Penonton Yang Terlewat
Semua persembahan akan dimulakan tepat pada waktu yang dijalankan. Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehinggalah tibanya waktu yang bersesuaian. Kakitangan kami akan membawa mereka yang lewat ke tempat duduk.


**Niat hati cam nak pergi tapi. . . . . . . . . 
ermmmm kLau aku pergi nanti aku buat satu entry pasal konsert nie klau xdew entry dari aku maknanya aku x pergi la 2. . .
ada sesapa nak teman aku x? jom kiter memeriahkan lagi :)

-muCux-

PUASKAH??????

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 27, 2011 1 000 Caci Maki Terpaut pada
Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku
Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku
Mungkin hanya bila ku mati
Kau kan berhenti tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai
Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

25 April 2011

Kau taw nak kondem Org jew!!! Cam bagus sangat!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, April 25, 2011 9 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue~
selamat pagi. . . 
Mood: lazy monday biasa la isnin mmg hari malas sedunia tanya la sapa pun mesti ckp "argghhhh isnin malasnya nk keje esok"  betOl x? tp aku bukan la nak cerita pasal isnin yg malas nie tapi aku nk cerita pasal sikap segelintir manusia nie.

Cerita bermula di suatu kedai yang biasa aku dan kawan-kawan aku lepak tengah lepak2 tu ada la sekumpulan minah nie yang agak "daring" (bukan islam) makan kat situ jugak tetiba sorang member aku nie ckp ngan kitaorg "kau tgk dak perempuan 2 dah la gemuk pastu pakai baju ketat-ketat cam 2 ishhh geli la aku tgk x malu agaknya". aku terus cakap "ishh minah nie taw nk kondem org jew lantak p la dier nak pkai apa pun bukan dier kacau kau cam la diri awak 2 sempurna sangat sampai nak kondem2 org cam 2" tapi dalam hati jew la hihihihi sebab fikir kawan kang dari kawan tetibe jadi musuh plak sbb  minah "daring" 2 so baik aku diam. 

Bukan skali dua dier kondem org sbb pakaian dah selalu sangat tapi aku malas nk port bagi aku 2 hak masing-masing nak pakai camne pun dier rasa dier selesa dia pakai ,cam kau jugak la kau rasa selesa kau pakai x semestinya apa yang kau selesa org lain selesa seksi or x terpulang pada individu. Diri sendiri pun pakai tudung lengan nampak apa cer nk tegur-tegur org lain. konsepnya sama jew nampak aurat jangan ingat kau dah pakai tudung kau boleh suka-suka hati nk kondem cara pakaian orang aku rimas la weih. 

Kalau niat 2 bukan nak kondem sekali pun kene la ada cara nak menegur. Setiap teguran ada caranya baru la nampak profesional bukan main melulu nak kondem  orang sana sini org nak terima pun susah sebab x kene cara. Tapi sebagai manusia kiter x lepas dari kesilapan pada mereka-mereka yang aku pernah terkondem secara langsung atau x aku memohon sejuta maaf.  Mintak aku di jauh kan dari sifat-sifat yg negatif :)

-muCux-

24 April 2011

Cara-Cara Cover malu bila terjatuh! Damn!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Sunday, April 24, 2011 12 000 Caci Maki Terpaut pada
  1.  Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak.
  2.  Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
  3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
  4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
  5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
  6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
  7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...

22 April 2011

Concert Justin Bieber Last Nite : melentur buluh bia dari rebung

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, April 22, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada
Assalam smue~
Camne hari-hari korang? ok? harap2 semuanya Ok. . .
Meh dok rapat skit! aku nak cite nie malam smlm aku bawak adik aku g Concert Justin Bieber(JB) dgn beberapa org rakan yg lain akceli aku x minat sangt JB nie tp sayang adik punya pasal aku g jugak la bawak dia. Adik aku nie mmg minat giLer JB nie bole dikatakan semua lagu JB nie dier hafal tp xla sampai beli cd original cam budak-budak lain maklum la kami nie keluarga sederhana so benda-benda yang kami rasa x perlu xyah la beli dgr kat radio n internet jew pun Ok, x pun downlaod jew hihihihihi.

Masa kat sana aku tgk bukan main ramai lagi budak-budak sekolah rendah umur seawal  6 7 tahun ok!! sporting betol mak bapak dorang kan? kecik-kecik lagi dah ajar anak-anak hiburan yg cam 2.  Umur semuda itu dah didedahkan dgn konsep hiburan camni bila dah besar mula bosan then mula la cuba hiburan yang lagi mencabar  berparty buih dan "sex" contohnya. Bayangkan lah parents sanggup  berabis duit semata-mata nak ikut kehendak anak kalau anak sorang 2 xpe nie sekali bawak 2 3 org termasuk mak bapak, harga tiket RM188 itu paling murah ok!!!(eh ada lagi murah RM98) ok cuba kita kali kan dgn 5org (family paling skit) WOW!!! banyak tue (kalau bagi duit 2 kat aku pun ok leh aku beli coki-coki). Bestkan jadi anak org kaya nie nak apa jew dapat mak bapak x kesah pun duit berabis kat tempat-tempat camtu janji anak-anak dapat terkinja-kinja melompat-lompat sambil menjerit bieber! bieber! i ♥ u dikala malam jumaat. Masing-masing x ingat nak sekolah esok (adik aku pun x ingt nk spm) itu semua angkara BIEBER FEVER!!!. 
Betapa kuatnya pengaruh barat kat Malysia nie. Pakaian tok sah cite la mmg ramai sangat selena gomez n justin bieber semalam naik rimas aku.

Time aku dulu jgn harap la nk merasa benda-benda camni kalau ada konsert free kat area rumah pun belum tentu mak abah aku nk bawak kadang tu sampai merajuk-rajuklah. Bila dah besar nie baru la mak abah aku bagi g sbb agaknya dorang rasa aku dah besar n dah leh fikir mana baik dan mana buruk  tapi dalam bagi-bagi pergi pun sepuluh kali call tanya bila nak balik, dah abis ke belum, dah kat mane nie hihihihihi. Niat nk merewang-rewang terus x jadi sbb takot abah call :)
**kalau nk tgk pict leh tgk kat cnie (aku malas nk upload pict)

**entri aku nie "menghighlightkan" budak sekolah rendah berumur 5-12 tahun. Umur yang masih tidak berotak utk berfikir, umur yang memerlukan bimbingan org dewasa utk membuat keputusan. Harap Maklum.

-muCux-

20 April 2011

SEBAK!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 20, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada
Selamat tengahari~

Mood : Sebak. . .nape???? bukan sebab putus cinta or kekasih di rampas org tapi sebak sebab blog yg menjadi makanan faberet otak aku akan ditutup esok. DAMN!!!!! macam mana hari-hari aku tanpa kau???macam mana aku bila x bace blog kau, penulisan kau, idea-idea kau?argghhhhhh!!!! sedey bila org yg superb cam kau nk  tutup blog kau sedangkan blog skg nie sangat memerlukan org cam kau. 

Di dalam sebak ada sedikit harapan bila kau cakap blog kau akan di tutup tapi akan  melahirkan satu blog baru dgn idea-idea baru dan aku harap blog baru kau akan sukses. Aku jugak akan sentiasa menjadi pembaca setia kau dan aku harap konsep penulisan kau tidak jauh lari dari blog kau yg dulu.

Last sekali aku nk ucapkan terima kasih AA kerana melahirkan blog yang boleh membuat aku berfikir. 

p/s:  Aku sangat kagum dgn KAU.

-muCux-

AUDIT 5S! Arrrggghhhhhhh!!!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 20, 2011 8 000 Caci Maki Terpaut pada
biLa audit 5S nak dtg je baru la semua sibuk2 nk sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal kalau x semua rilex jew, 3 tahun aku wat 5S nie masalah yang sama aku hadapi "buat kerja last minit" audit nk dtg tengahari pagi baru aku kelam kabut nk settle semua benda, mula la aku cam org hilang anak ke hulu ke hilir. . .
 
Kejab lagi audit nk dtg so aku nk settle Ruang Kerja n Ruang Menunggu(aku PICnya) damn!! otak aku tengah bLank x taw nk buat apa nak nampakkan lagi menarik. Aku xmau la sebab aku markah zon aku jadi rendah tp serius beb aku dah xtaw nk buat apa nie adeehhhh tolong aku!!!!. . .lantak la tunggu dapat komen baru aku fikir apa yang aku nk buat.
 
OK tata.

p/s: Sikap manusia memang suka kerja last minit. . . 

-muCux-

19 April 2011

Tanda-Tanda Suami Anda Sudah Mula Bersikap Curang

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, April 19, 2011 2 000 Caci Maki Terpaut pada
1. Menjadi Panas Baran -  Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.
2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.
3.  Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.
4.  Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.
5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.

**sharing is caring x ingt copy paste kat mane FB kot :)

18 April 2011

SALAH SATU ALASAN LELAKI XNAK KAWEN!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, April 18, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
Aku tgk mentor lagi!!! hihihihihi x miss caya la ainn selama nie aku x pernah taw konsep mentor camne tapi musim nie aku cam byk plak masa mengadap tv tgk mentor wah siap like kat FB lagi "classsss kau ainn" myb sbb aku dah jarang melepak ngan mmbr2 kot klau x dulu mane dok uma. . . Masa aku tgk mentor tue tetiba aku tertarik ngan lagu duet ayish bersama uji rashid . . Lirik lagu 2 aku rase mmg antara alasan lelaki xmau kawen or x ready nak kawen. . benarkah wahai kaum adam???? jom kiter tgk skit lirik dier. . . 

Hail Amir & Uji Rashid

Menunggu Nasi Minyak 

Uji:
Cik Hail jangan marah kalau Uji bertanya
Mengapa Hail belum naik pelamin
Ku ingin merasa nasi minyak kau pula
Lekas-lekaslah kahwin

H.A:
Aduhai Uji Rashid kau buat ku tertawa
Poket ku ini selalu kekurangan
Oh... Ini kan pula hendak kasi makan
Anak daralah orang

( korus )

Uji:
Hei... Sampai bila ku kan menunggu
Nasi minyak kau itu

H.A:
Sampai ku lihat duhai Uji
Mempunyai anak seribu

Uji:
Cik Hail Uji agak jadi bujang terlajak

H.A:
Bujang terlajak tak apa lah Cik Uji
Oh... Asal kan jangan
Oh... Aku menjadi
Bujang senget sebelah

Uji:
Hail kaki temberang

H.A:
Eh... temberang apa pulak Cik Uji

**nie lirik sebenar tp bile uji duet ngan ayish lirik tukar nama. . .

17 April 2011

KONFIUS!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Sunday, April 17, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
Balik dari Melaka td tetibe ada 2 org lelaki yg badan dier besar n berketak-ketak(saje gempak)  misai x ingt melentik cam sarjan misai dalam hati aku dok fikir apa pakcik 2 nie buat depan rumah aku. Ok buat rilex jew tp dalam ati tuhan saja yang taw(cuak dowh) buat muka slamber bukak gate n kuar kete tok ttp gate tetibe pakcik2 dtg kat aku then tanye 

pakcik: betul kew nie rumah *tut* 
aku:      yurp, nape ye?
pakcik: mane erk dier skg?
aku:      pakcik nie sapa?
pakcik: ktorg nie kawan lama dier
aku:      owh
pakcik: dier dok mane skg
aku:      dier dok kat *sinun*
pakcik: owh dah lama kew? ada alamat?
aku:      xdew la baru sangat n x la lama sangat. Alamat saya xdew 
pakcik: memang x taw kew alamat dier
aku:     aáh x taw tp abg(nape tetibe aku pnggil dier abg pon aku x taw) try la cr kat sana sbb dier ada meniaga kat area-area berdekatan.
pakcik: owh dier meniaga kat sana ok xpew la. . .bla bla bla bla
aku:      pot pet pot pet

(perbualan melebihi 10 minit)

pakcik: Xdew apa saje tnye sbb dah lama x jumpe bile.
aku:      owh pape hal abg cari jew dier kat sana sbb dier xdew kat cnie.
pakcik: ok terima kasih

pakcik tu blah aku plak sambung aktiviti mengangkut barang- barang, mandi n tido 
zzzzzzz(nmpk sangt menipunye abis aku update n3 nie bila masa pLak)

Apa masalahnya aku sendiri x taw. 
Persoalannya betol kew tindakan aku bg detail org lain pada meraka yg aku sendiri x kenal? 
klau aku x bgtaw takot jadi pape lak dekat org yg x dew kene mengena. 
AKU KONFIUS!!!!!

-muCux-

16 April 2011

Indah Kabar Dari Rupa!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Saturday, April 16, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada
Selamat Pagi Cinta. . . .
LOcation: Pangkalan Balak Melaka (Family Vacation)
Mood: happy holiday tp agak kecewa dgn tempat bermalam indah kabar dari rupa bukan terlalu "demand" tp inginkan kepuasan dan keselesaan sesama bercuti. Pemilik mengambarkan tempat yg selesa dgn mempunyai beberapa kelengkapan tp itu semua adalah strategi pemasaran. Damn!!! aku kene tipu.  Kelengkapan yang digambarkan seperti hidup segan mati x mahu apakahhhhh???????. Gambar-gambar yang di publish jugak jauh beza dgn realiti kenapa mesti menipu utk mendapat keuntungan? Sikap jujur sangatla penting dalam perniagaan supaya hasilnya diberkati. Niat utk rehatkan minda tapi. . . . . 

Apa pun tempat dan keselesaan bukanlah penghalang aku dan family aku utk bergembira kita yg mencorakkan   kehidupan dan hari ini satu lagi kenangan terindah tercatit di dalam diari hidup aku. Lu pikair la sendiri!!!!!

P/s: Kesian kat adeq aku Asya Fadzil x dpt join demi mencari ilmu. 
Nanti cuti sekolah kite pLan lagi ok? xmo sedey. ..rindu kamoo :)

15 April 2011

NEW BOYZ???? DAMN!!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, April 15, 2011 6 000 Caci Maki Terpaut pada
hye eberione!!
hahahahaha bagi aku geLak duLu x tahan plak tgk tajuk entri aku nie. . . .
Aku nk kongsi satu rahsia ngan korang nak x? ok meh dekat-dekat skit nanti org lain dgr dulu kan kan kan aku nie peminat New Boyz (NB) ok sila gelak ramai-ramai. Kenal x kumpulan NB nie? ala vokalis dier yang nama tomok tue. .ok dah kenal kan?good!  Kemunculan NB pada suatu masa dulu membuatkan semua budak perempuan yg gedik mahupun x gedik histeria tp aku xdew la histeria sngt (sila percaya). Aku giler kat Lan kiut n cool tp bile aku tgk pic dorg kat bawah nie aku menyumpah sendiri damn!!! suck  giler taste aku hahahaha.

Mana la g budak2 NB nie skg yg ada pon tomok jew la, tomok pun dah byk kemajuan( sila contohi tomok x mudah putus asa) suke tgk tomok kat OIAM rase jauh beza dr tomok yang dulu.


  • Sila tgk lan yg aku sangat giler pada suatu masa dulu hahahahahahahahaha
  • Kiut kan rambut tomok dulu (giler geli)
  • Syuk ngan tomok antara yg di giLai myb sbb trend rambut belah tengah dorang kot :p

p.s: sLalu tweet-tweet ngan tomok :)

-muCux-

Kewajipan Seorang Isteri

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, April 15, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada
Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar’ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta’al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
“Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. “

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

sumber ensaiklopedia

13 April 2011

i will never love you!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 13, 2011 7 000 Caci Maki Terpaut pada
Aku tak akan pernah mencintai kau lebih dari drummer kumpulan Butterfinger
Aku tak akan pernah mencintai kau lebih dari filem Hary Potter
Aku tak akan pernah mencintai kau lebih dari album The Beatles
Aku tak akan pernah mencintai kau lebih dari segala-galanya. . .

Bila kita bercerita hal-hal bodoh seperti perasaan, furture dan lelaki damn!!!
Aku tidak akan pernah mencintai kau lebih dari bf aku masa aku berusia 14 tahun
Kalau sekarang "dia" Suck!, aku tetap tak akan pernah mencintai kau lebih. . .

Dan kau katakan, kau mengasihi aku lebih dari segala-galanya
Dan aku bukan apa-apa jika dibandingkan dengan segala-galanya . .
Oh! so sweettt dear~
Kau kata kau mencintai aku  lebih dari semua ex-gf kau 
More than muzik, more than diri sendiri
Even more than everything, tapi itu hanya BOHONG!!!!
So aku tak akan pernah mencintai kau, menyayangi kau, mempercayai kau or wutever lebih dari apa pun. . . .
Harap Maklum!!!

12 April 2011

MUZIKATTACK.COM & Vokill Records proudly bring you !!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, April 12, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada

GIG : HERE WE ARE !!

DATE : 24th APRIL
...VENUE NUMBER ONE CAFE Jln TAR Chowkit KUALA LUMPUR
TIME : 2pm

TICKET : RM18 (DOOR) RM14 (ROTTWAILER) RM20 (WITH SKINBASHER CD)

http://www.facebook.com/event.php?eid=199619450077674

for more information please call 012-9724995 (adibeast) 0176255487 (shah)

http://www.facebook.com/pages/MuzikAttackCom/272547596370

11 April 2011

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin?

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, April 11, 2011 7 000 Caci Maki Terpaut pada
ngapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?

SUAMI ITU LELAKI
  • Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
  • Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN
  • Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

KESIMPULANNYA:
1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.

P/s: Copy n paste kat ensaiklopedia

08 April 2011

Petua Untuk Mengesan Kecurangan

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, April 08, 2011 11 000 Caci Maki Terpaut pada
Assalam smue!
" Petua Untuk Mengesan Kecurangan" wah!! tajuk entri x leh blah petua la segala bagai macam org tua2 pulak nak bagi petua. Akceli bukan la petua tapi sekadar pendapat atau pun lebih tepat adalah tips. Tips atas pengalaman aku yang tak seberapa nie. (lebey 5 kali frust. . dasyattt!!!)

cek it out~
  •  Bf/gf korang tu dah kurang berkomunikasi. Kalau keluar dating sepatah korang cakap sepatah dia jawap.
  •  Bf/gf korang suka melakukan hal bersendirian kira nak pergi mana-mana dah jarang punch kad kat korang.
  • Bf/gf korang mempunyai masalah kewangan kalau dulu ada korang je tapi sekarang nk spend duit utk scandal segala bagai so duit pun tak cukup.
  • Bf/gf korang selalu je keluar n balik lambat bila di tanye petik nama member dia yang korang kenal.
  • Kalau korang cek hp bf/gf korang habis segala masej, incoming cll n out call semua dia delete.
  • Bila korang call bf'/gf korang selalu tak jawap call alasan tidur, main futsal, hp kat atas n macam-macam lagi.
Bagi reader yg sedang bercinta cepat-cepat tgk bf/gf korang ada peel camnie x? klau ada selidik jgn bg can. . apa-apa pun uol sendiri kenal bf/gf korang kan so pepandai la korang menilai.
Pendapat hanya sekadar pendapat. 
Tepuk dada tanye selera.



-muCux-

07 April 2011

Part Time Lover. . .

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, April 07, 2011 7 000 Caci Maki Terpaut pada
Di suatu petang yg damai 
Seorang lelaki dan perempuan telah berjanji utk menjadi part time lover 
sementara kekasih sang lelaki  melanjutkan pelajaran di Japang. . .

Setelah janji dipatri maka berkasih-kasihan sang mereka sambil berpegang-pegangan tangan, belaga-laga pipi dan bibir, lama kelamaan sang perempuan mula menyanyangi sang lelaki sepenuh hati  sedang perasaan itu  masih menebal di dalam hati sang perempuan,

sang kekasih pula muncul maka sang perempuan terkontang kanting seorang diri kerana sang lelaki sangat bahagia bersama sang kekasih.

Nak mara sapa? kau 2 part time lover jew ok
awek aku dah blk so kau selamat tinggaL. . .

p/s:Wahai sang perempuan mengapa lemah sungguh hati kau!! Sedangkan kau sendiri tahu perjanjiannya. . damn!!!

-muCux-

06 April 2011

I Think I'm In Love. . . . .

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 06, 2011 16 000 Caci Maki Terpaut pada
bila aku ada perasaan berbunga-bunga selepas hang up telefon
then semacam perasaan bahagia, tapi  x  yakin apa benda tue. . . .

bila aku dihantui oleh wajahnya setiap kali aku  tidur di malam hari mahupun di siang hari
dan berfikir aku mendengar suara itu hanya memanggil nama aku (yarkkkkkk). . . .

Oh, NO!  Aku rasa aku dah jatuh cinta (geli plak rase)
Oh, NO! Aku berharap "dier"  akan ingin aku jugak
So sila jangan biarkan aku kecewa! (warning)

tak boleh tak bercakap tentang dia dalam setiap perbincangan
sampai kawan-kawan pun dah bosan, sakit hati n nyampah  bercakap pasal dier
(sowie erk kawan-kawan)

bila aku mula memakai make up n mula jaga penampilan (WTF)
Menangis seperti baby ketika mendengar sebuah lagu mellow (ouh! sangat gedik)

p/s: sangat geli dgn entri ini. . . .

-muCux-

Proton Pahlawan Series : Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Lekiu &. . . . .

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 06, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada
Proton Tuah




Proton Jebat



Proton Kasturi




Proton Lekir



 Proton Lekiu
 



dan Last skaLi.........................

Proton Tanggang


**Klik pada gambar utk lebey hot. . .


TENTANG TENTANG!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, April 06, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
Bukak radio di pagi hari
Malam hari sama sahaja
Cinta sana cinta sini
Aku gila geli

Cinta sana cinta sini
Aku gila geli

Bukak radio HITZ fm
Propaganda Amerika
Apa benda yang merdeka
Jilat bontot depa
Apa benda yang merdeka
Apa benda yang merdeka
Jilat bontot depa
Apa benda yang merdeka

Bila kawan ramai keliling kita
Cakap besar tunjuk belang
Tapi bila sorang sorang
Pengecut pemalu
Macam semua orang

Tapi bila sorang sorang pengecut pemalu
Macam semua orang

Saya ini pun bukan sempurna
Tapi saya tahu
Dosa dan pahalaku tuhan saja
Tuhan saja yang tahu

Dosa dan pahalaku tuhan saja
Tuhan saja yang tahu

Gelang si paku gelang,
Gelang si rama rama
Tentang marilah tentang,
Marilah tentang bersama sama
Tentang marilah tentang,
Marilah tentang bersama sama

05 April 2011

HARIMAU MUDA A vs SELANGOR

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, April 05, 2011 1 000 Caci Maki Terpaut pada
MASA : 8.45pm
TEMPAT : Stadium Shah Alam
TARIKH :  5 ApriL 2011
MOOD: Konfius

VIVA SELANGOR!!!


p/s: gudLuck adeq :)

04 April 2011

WUJUD ke cinta pandang pertama??????

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, April 04, 2011 9 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam uoL!!!
Mood pada saat nie adalah tersangat lah jiwang rase nk cll sinar or suriafm nk bg ucapan cinta kasih dan sayang jew kat radio hahahahaha damn!!! pLsssss La tolong jgn buat benda giler Ok!. . .Kang ramai yg menyumpah seranah kau. . .

Korg smue percaya x cinta pandang pertama?
bagi aku cinta pandang pertama x wujud kot. . klau wujud pun sementara je lepas 2 3 bulan hilang paling lama pun myb setahun. Cinta pandang berkali-kali pun ssh nk kekaL ni kan pulak cinta pandang pertama. Zaman cinta-cinta monyet dulu myb aku percaya kot tp skg nie klau x kenal hati budi sesorg 2 mmg 99.99% kau akan di tipu. Bila dah syg tgk2 bf org la, laki org la,  bapak org la, bapak ayam la n mcm2 lagi, yang busuk n jahat dah tentu perempuan yg di tipu nie sbb kacau bf org or laki org. Jantan 2 dah tentu baik konon nye klau tepuk sebelah tangan x kan bunyi ,klau perempuan x gatal xkan menjadi masalahnya klau kat dahi jantan2 nie ada cop dah berpunya mmg aku x kan layan la. Aku pon x ingin la jantan-jantan cam 2. . .  kau ambik n kau simpan la jantan keparat cam 2. . .

p/s: berckp atas pengalaman :)

-muCux-

KERA di Hutan disusukan ANAK dirumah mati terkangkang. . . .

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, April 04, 2011 7 000 Caci Maki Terpaut pada
Sifat permurah itu sifat terpuji!
Macam rakyat Malaysia sangat pemurah, suka menderma cthnya tabung bantuan Tsunami di Jepun dah berjuta-juta Jepun dapat bantuan dari negara kiter kan? malah bukan negara kiter jew seluruh negara bagi  sumbangan kat Jepun. Dua minggu je jalan yg rosak siap di betuL. 

Mangsa banjir kat Utara pun dpt sumbangan jugak sumbangan berupa wang tunai sebyk RM200 setiap keluarga ermmmm sangat permurahkan rakyat Malaysia nie.


-muCux-
 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review