31 March 2011

AKU DAPAT HADIAH~

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, March 31, 2011 3 000 Caci Maki Terpaut pada

Semalam dpt ym dari sorg blogger nie mintak detail aku sbb nk bg hadiah pada follower yg ke 100, mule2 2 cam x caye pas2 aku mntak link blog dier skali tgk betoL la hihihihihi. . .siap blogger nie warning kat aku  kLau lebey 3 hari x bagi detail hadiah tarak. Rase cam x caye pLak hihihihi sowei la dear lmbt skit bagi detail. . neway thanks ya. .  .jom jengah blog dier 

30 March 2011

PETUA MANJA KAN LELAKI

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 30, 2011 3 000 Caci Maki Terpaut pada
Sabar dengan Kerenahnya – Kadang-kadang  mungkin suami/lelaki berasa tertekan sebab masalah di tempat kerja ataupun dia berjauhan dari anda, ataupun masalah lain. Kalau ini terjadi, sabar sahaja. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalahnya.

Kurangkan Berleter/Membebel – Biasanya, isteri/pasangan berleter kalau ada sebab. Tidak salah membebel jika untuk kebaikan bersama.Cuma kalau boleh, kurangkan sedikit bebelan anda kerana lelaki memang tidak suka dengar perempuan membebel. Ada juga sampaikan tidak mahu balik rumah sebab tidak sanggup dengar isteri/pasangan asyik membebel sepanjang masa. Fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung di hati anda.

Belai dengan Manja – Semasa sedang duduk relaks, apa kata anda peluk dia dengan manja atau belai rambut dia? Pasti akan timbul kasih yang amat mendalam.

Manjakan Diri Anda – Orang lelaki suka dengan wanita yang manja. Tetapi jangan berlebih-lebih pulak. Sekali-sekala bolehlah berlagak manja, tetapi jangan selalu. Dia pulak naik rimas dan naik geli.

DIER la lelaki idaman aku just nice x encem sangat x buruk sangat hihihihi
 terima kaceh incik google di atas gamabr ini

sumber dari ENSAIKLOPEDIA

LOST WORLD TAMBUN atau BUKIT GAMBANG??????

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 30, 2011 1 000 Caci Maki Terpaut pada
wahai kalian aku perlukan sedikit pendapat. .
mana yang lagi best dan menarik


LOST WORLD TAMBUN



atau




BUKIT GAMBANG WATER PARK


29 March 2011

MANUSIA NIE PELIK BILA. . . . . . . .

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 29, 2011 11 000 Caci Maki Terpaut pada
  • Manusia nie pelik bila dalam diri ada persaan malu  utk berbuat kebaikan atau berubah padahal berubah menjadi lebih baik bukan nk jadi lebih jahat tapi bila buat jahat x malu plak malah berbagga. "weih kau tau semalam aku curik gula-gula dekat kedai Ah Seng skit pun Ah Seng x perasan hebat x aku"
  • Manusia nie pelik bila seseorang tu berubah atau mulakan hidup baru mulalah bercerita benda yang negatif tp bile kiter nie buat baik sikit pun dier x nmpk. " ala anak cik nah 2 ribut xdew hujan xde tetibe nak kawen sebab kantoi la 2, tah-tah dalam perut tue. . . . . . . ." 
  • Manusia ni pelik bila sebelum dapat berjanji n bermulut manis tp bila dah dapat hilang smue janji-janji manis. " beb aku janji aku xkan miss bayar tolanglah ko jadi penjamin aku kau la satu2 kawan yg aku ada" in the end "incik tut ni dah 4 bulan x byar kereta so awak sebagai penjamin kenelah bertnggunjawab" hampeh!!!!!! lembut lidah dr gg bile dah kene tarik leh buat muke x bersalah choi!!!!! 
  •  Manusia ni pelik bila nmpk salah org jew tapi salah sendiri wat-wat x nampak. " ko tgk minah 2 pakai tudung tapi kain terbelah, aku xpela nmpk lengan yang berbulu nie jew lagpon aku lupe nak pkai handsock"  WTF!!!!
-muCux-

BOLA TEPUK!!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 29, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue~
Camne hari anda hari nie?Ok?apa pun mood korg aku doakan korng sentiasa happy :)
Korang pernah dgr x bola tepuk?aku dulu kecik-kecik slalu dok main bola tepuk nie ngan cousin n paksu aku then setiap kali main mesti kalah aku pun x taw nape  myb aku xdew skill kot x pun kene tipu ngan dorg aku nie mane la taw kan.Korang pun mesti pernah main jugakkan? Tetibe aku rindu plak nk main bola tepuk. Sapa nk main bola tepuk ngan aku siLa angkat tangan skg. 
Nak sedikan bola tepuk nie senang jew kertas yg keras pas2 potong empat segi tepat n lipat 2 jadikan dier bentuk 3segi then korg kaler la kotak 2 ngan warna jersi pilihan korng tp klau nk buat gol dier mmg aku fail hihihihi. wahhhh sanggttt rindu budak-budak skg niedah x main mainan cam 2 sbb dorg smue membesa ngan ps2 ps3 dan sebagainya. Arus Permodenan! 

Gambar aku curik dari incik GOOGLE

   Gambar aku curik dari incik GOOGLE

 Gambar aku curik dari incik GOOGLE


-muCux-

MANA SATU PILIHAN HATI??????

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 29, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada
GADIS A: Bertudung litup tapi solat 5 waktu tah                       
                kemana-mana.

GADIS B: Free hair tp solat x pernah tinggal.

mane yg lebih baik?mane yang jadi pilihan lelaki?A atau B?
Solat tiang agama atau nmpak aurat itu berdosa??????mane yang sepatutnya?????

-muCux-

24 March 2011

WANITA

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, March 24, 2011 6 000 Caci Maki Terpaut pada
Wanita sabar dulu
Aku tak mahu menyentuhmu
Bukanku tak tahu apa itu asmara
Wanita pujaanku
Biar saja bencimu
Pada kisah lama
Yang tak pernah sempurna
Gila oh gila
Romantis karat jiwa
Khianati kita
Dia wanita lama ku tunggu
Dia wanita sumber ilhamku
Dia wanita sederhana
Ikut gaya cara ku

ANDAI LELAKI TAHU

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, March 24, 2011 6 000 Caci Maki Terpaut pada
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi

Cerita pasal Tuala Wanita

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, March 24, 2011 8 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue~
sihat x?Mood aku hari sangat jeles sbb "sang mereka" sedang xcited nk g bercuti dekat Pulau Lang Tengah huarggghhhhhh sangat jeles. . .Aku x dpt menjoinkan diri cos percutian ini dipLaning last minit so keadaan sen dan aku yg sangat bz. Terpaksa la aku merelakan "sang mereka" pergi tanpa aku disisi. (Aku Mogok nanti blk aku xmo dgr sepatah haram pasal "sang mereka" kat sana ok!!!)

Ok berbalik pasal

23 March 2011

DUDUKLAH kalau BERANI!!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 23, 2011 8 000 Caci Maki Terpaut pada
Leh tempis bontot aku

I'LL KIL HER!!!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 23, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
So, of course, you are supposed to come tonight.
You are supposed to come tonight.
We'll have gone to the cinema
and after to this restaurant, the one you like in your street.
We'll have slept together,
have a night breakfast together.
And walking about together.
How beautiful is that!
You would have said 'i love you'

i ♥ heartbeat. . jom daftar!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 23, 2011 1 000 Caci Maki Terpaut pada
hye assalam smue~
skg nie ramai blogger yang letak heartbeatkan jd aku pon x terkecuali bagi yg blum jom la sesama kiter daftar kat bawah nie aku ada cara2 nk daftar. 
selamat "mendaftar"

Step 1
 klik kat banner nie di bawah

22 March 2011

BODY LANGUAGE

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 22, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada
-kLik pict utk lebey hot-

CintaiLah dia yang mencintai Kamu kerana. . . . . .

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 22, 2011 11 000 Caci Maki Terpaut pada
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

 3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun

21 March 2011

Pelamin Buatan Sendiri

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, March 21, 2011 6 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue~
isnin?huh!! nape perlu ada hari isnin! x suke! x suke!(sambil hentak2 kaki)
ok cukup gedik utk pagi  ini aku bukan nk cite pasal ari isnin yg mmg kebiasaannye sangat bosan tp aku nk cite pasal weekend aku yang sangt meletihkan dan sangat bz :). Sabtu majlis tunang mmbr baik aku n ahad class make up seharian huhuhuhuhu aku mmg x dok uma lngsung.
Class makeup aku xnak cite skg nie tgg dulu bila pic dah siap smue baru aku buat entri pasal 2. B4 dis aku ada wat entri pasal kawan baik aku tunangan so entri kali nie cam biase la nk post sekitar majlis pertunangan n aku  nk highlight kan kat korang smua bahawa PELAMIN ktorg buat SENDIRI sama seperti majlis2 teman terapat ktorg b4 this pelamin dijayakan oleh crew2 Ampaian Emas Collections. Bagi yg berminat nk kami wat pelamin serta Package lain leh klik kat SINI

18 March 2011

PERSIAPAN MENTAL dan FIZIKAL

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, March 18, 2011 9 000 Caci Maki Terpaut pada
Hari ini aku kene siapkan diri aku dari segi mentaL dan fizikaL. Telah berhari-hari aku dan mereka membuat persiapan akhirnya esok adalah harinya. . . Ini betol2 nie ayahda? dushhh!! oh! god aku x mimpi tp betol ke? aku nie betul2 dah ready ke?Arrrgggghhhhh cam x caya pun ada. Ok Tarik nafas dalam2 then hembus pelahan-lahan~~~~. Mula-mula aku rase sangt teruja tp bile hari makin dekat hati aku rasa sayu, sangat sayu, sayu yg boleh buat aku menagis.

Status akan bertukar esok n masihkah ada ruang utk aku berhuha huha dgn sahabat2 aku kelak? Terasa sangt kehiLangan. Tolong jgn pernah berubah wahai hati walaupun status aku mahupun mereka sudah bertukar x sanggup rasanya kehilangan kalian.

3 TIPS utk perempuan. . .

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, March 18, 2011 13 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam~ 
Harini aku nk kongsi 3 tips ngan korang semua khusus utk kaum hawa. Klau kaum adam nk try pun apa salah nye. akceli tips nie dari mmbr aku dier suke sangat dok post tips kat FB aku pun cilok masuk kat blog utk kongsi ngan u oLs!! 

  • Lepas balik keje, mesti badan rasa penat, lesu, letih n kekadang rasa sgt stresskan? betul x?. Ok senang jew cara-cara nk hiLangkan semua2 tue ambil air panas campur dgn sedikit garam 'rendamkan kaki' dalam tempoh 1\2 jam( sampai air tu jadi sejuk).

15 March 2011

DRAMA MELAYU SEKARANG

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 15, 2011 12 000 Caci Maki Terpaut pada
Apa yg aku perasan klau drama MELAYU mesti ada Scene:
  • MAKAN- x kira la makan kat restoran ke makan dekat rumah ke makan dekat kedai mamak ke scene makan mesti ada.Pastu kalau makan lauk penuh atas meja tapi mkn nasi putih je lauk x usik pun pastu dok terkuis2 nasi 2.

14 March 2011

5 sebab UTAMA aku SAYANG korang!!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Monday, March 14, 2011 6 000 Caci Maki Terpaut pada
  • Walaupun pada pandangan mata org korang nie NAKAL n bLa bLa bLa tp sebenarnya korang sangt baik :)
  • TIDAK cepat melatah klau ditegur or di bahan. .  .i Likeeeeee tarak simpan2 dalam ati punye :)
  • SENTIASA ada time aku susah sedey n happy :)
  • Kepala sangat GILER_GILER :)
  • SPORTING :)

13 March 2011

BANDAR vs KAMPUNG

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Sunday, March 13, 2011 8 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue!!
Sihat x?hope u all semua sihat dan gumbira :)
meh dok dekat-dekat sikit nk tanya nie. . .
korang nie budak bandar ke budak kampung?
apa?budak kampung?(wat suspen je) errrmmmm bestnya jadi budak kampung aku nie budak bandar. Sangat sedih sbb aku x dpt rasa panjat-panjat pokok, mandi sungai, curi rambutan, main kat parit, main kat bendang, kuar pagi magrib baru balik lepas tu balik kena marah dengan abah. Bila time raya plak keliling satu kampung abis beraya kampung A g kampung B plak  agrrrrrhhhhh!!!!!! sangat jealous kat korang2 yg pernah rasa benda-benda tu semua.

11 March 2011

DOA KETIKA DITIMPA BENCANA(TSUNAMI)

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, March 11, 2011 2 000 Caci Maki Terpaut pada



Maksudnya:

MONRODS KITCHEN BANGI

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, March 11, 2011 5 000 Caci Maki Terpaut pada
LOCATION : Restoran Monrods Kitchen, Seksyen 7 Bangi
TIME           : Lunch Hour



 





PERIHAL ORG SEKELILING

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, March 11, 2011 5 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue~
Hari ini tergerak aty nk post entri pasal org2 sekeliling aku. 

Orang 1 

Tak Sangka org yg dok dlm bidang profesional pun ada masa nk gosip2 n menyampai2 kan erk (ingat kan dorg sangat bz deal n mesyuarat sana sini ngan menteri 2 n menteri nie)
Bile org bawah nie xdew keje nmpk jew tp bile dorg dok bergosip 2 x nmpk plak erk.  Bile pasal keje smue nk berkire 
"2 keje awak bukan keje saya" 
"keje awak awak buat keje saya awak buat jugak"  
tp bile pasal elaun tanggung dan segala bagai xdew plak kau nk ckp 
" ok keje nie kire buat sesama so duit nie kiter bahagi sama byk" 
"sbb awak byk tolong saya buat keje saya blanje awak makan" 
oh mungkin tidak ada yg sangat baik hati cam 2.
Sangat Berkira pasal duit Ok.


Orang 2

Klau nk taw apa saje info terkini xyah la nk buka paper or bace blog or tenet segala
tanye jew dier smue benda dier taw.
"kau taw smlm aku dgr si minah ni nagis sbb kene mara dgn bos dier" 
"eh kau beli kat mane tudung nie? bape hggt? aku tgk si tut pon pkai cam kau"
Perlu ke kau nk sibuk pasal luar dalam org lain?
Ok aku sangat rimas n sesak nafas.


Orang 3

Orang camnie aku suke. Bergaul ngan org tp hal luar dalam org dier x ambik port. Senyap jew wat keje sendiri, klau org cite or bergosip angguk jew pale.
"owh yeke baru aku taw"
"bia la dier myb dah perangai dier cam 2"
"baik bos"
nak berkongsi cerita pun selesa
Sangat senang hati dgn Org camnie OK

**aku tergolong org yg camne? org2 sekeliling aku jew yg dapat menilai :)

-muCux-

10 March 2011

Naik tangga punye cerita!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, March 10, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue~
b4 nie punye entri x ingt nk bagi salam :p
Hari nie masuk hari ke 4 aku naik tangga blk uma. B4 nie asyik ckp jew kat mulut nk naik tangga tp x jugak naik tp kali nie tekad nk naek jugak memandangkan lemak aku makin membesar bagai johan terpaksa la aku gagahkan jugak tulang2 nie untuk bergerak aktif.

Aku naik tangga sbb malaz nk g jogging dan antara alasan malas nk g jogging adalah masa tidak mengizinkan (boleh cm 2?) hihihihihi aku blk keje kol 5.30, gedebak gedebuk (still dok depan PC sambil tangan dok menari2 kat keyboard) kol 6 lebey jugak la br gerak blk, sampai uma dalam pukul 6.30 pastu solat asar dalam kol 6.45 baru selesai so aku rase x berapa sesuai la nk berjogging time nk dekat2 magrib nie (mak kate nanti kene sorok ngan hantu kopek) sbb tulah aku ambik langkah untuk naik tangga lebey selamat betol x?. . uma aku tingkat 10 so dari basement naik smpai tingkat 10 adeehhhhhhh penat taw.

Kat tangga 2 xdew tulis tingkat berapa so aku maen agak2 jew la. Mula2 rase cam dah tinggi sangat dah aku naek then stop la skali tgk br tingkat 6 xpew trz kan naik paz2 kira tingkat nie ok cnfrm tingkat 10. Sekali tgk haiyoooo rupenya baru tingkat 9 la niat aty nk naek lif jew tgg lif punya la lama, xpew naek tangga lg satu tingkat dah cam org giler dah aku kuar masuk pintu tangga sib baek xdew CCTV kat tangga 2 klau ada wat maLu jew :).

1st day naek tngga rase cam nk mati mintak oksigen mintak nyawa mintak segala la tp masuk hari ke3 makin stabiL. Aku nie maen jew futsal segala bagai tp x fit jugak. Harap-harap lepas 6 bulan aku naik tangga aku leh kurus :)


**say no pada LIF

-muCux-

22 pelatih polis dikuarantin

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, March 10, 2011 6 000 Caci Maki Terpaut pada
KUALA LUMPUR: Seorang pelatih polis maut manakala 27 rakannya masing-masing berusia 20-an dikuarantin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua hari lalu setelah disahkan dijangkiti virus kencing tikus ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.
Pelatih yang meninggal dunia, Mohd Azizan Azidi, 21, berasal dari Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak, maut kira-kira jam 8.30 malam kelmarin manakala dua rakannya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL kerana keadaan mereka dilaporkan kritikal. terus membaca

Cepat-cepat pada yang ada adik, abang or sedara mara yang tgh menjalani latihan di  PULAPOL jalan semarak, boleh call no nie utk bertanyakan perkembangan ahli keluarga. . .03-2688 2009

Entri lmbt Post sbb tgh kecoh nie ada beberapa rakan n sedara yg ada kat PULAPOL 2. . Mucux doakan semuanya dalam keadan Ok.

** Pada Cik Naz xmau sedey2 taw. aku sentiasa doakan yang terbaik :).

 ini lah cik naz cinta hati cik mucux. . tunangan dier skg kat PULAPOL 
mintak u all doakan yang terbaik utk dier dan tunangan dier ye :)

-muCux-

MALAYSIAN ATTACK - NORTHERN HELL - PENANG !!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, March 10, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
MALAYSIAN ATTACK Northern Hell !
SOUNDEMAKER WeldQUAY GEORGETOWN PENANG !
TICKET RM 19 ONLY !
MARCH 12th 2011 !

Band :-

-TORTURE INCIDENT
-HAYAGRIVA
-RECIDIVIST
-CAFERGOT
-FARASU
-BUTCHER BASTARDS
-V
-AS I END
-VERMILLION
-TYSON

Special Guest From SARAWAK Metal Force - KHEROW !!

09 March 2011

HARIMAU MUDA vs PAKISTAN

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 09, 2011 13 000 Caci Maki Terpaut pada
- 09 Mac 2011 - Lahore, Pakistan 11pm
-live @ 801 ASTRO dan RTM 1
Selamat Menonton :)

Pemain Liptovsky Mikula Sangat bezakan??
(sumber dari Harimau Muda blogspot)

**Adeq kirim saLam kat Muslim ye :)

DAMN!!!! salah taip tajuk entri. . .Harimau Malaya bukan Harimau Muda. . . .

-muCux-

Surat Terbuka Pelajar Kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 09, 2011 3 000 Caci Maki Terpaut pada

Remaja yang baru menjangkau usia 19 tahun,Muhammad Muizzuddin yang pernah menyuarakan pandangan melalui 'Surat Pelajar Kepada PM' kali ini tampil dengan luahan terbaru kepada isteri PM Datin Seri Rosmah Mansor. 

Sama-sama kita baca dan sebarkan supaya dapat 'membuka mata' DS Rosmah 

Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin Seri Rosmah Mansor 

Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, andai diizinkanNya, Julai nanti genaplah usia saya 19 tahun. 

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini. 

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi! 

Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati, 

Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,

Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali. 

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan. 

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan! 

Datin Seri, 

Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik? 

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU! 

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini. 

a dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan! 

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua. 

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan. 

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi. 

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima. 

Isu IFF dan ISLAM

Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat! 
 

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak! 

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW! 

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA! 

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan! 

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

 Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka. 

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia! 

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram! 

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta! 

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya! 

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!” 

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat? 

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang! 

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata! 

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya. 

KUASADatin
Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara. 

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa? 

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu. 

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang! 

Datin Seri, 

Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya. 

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami. 

Datin Seri yang dihormati, 

Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

 credit to : WanGhost dan rakan FB yg "mengtag"

TOLONG SENSITIF sikit boleh tak???????

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 09, 2011 7 000 Caci Maki Terpaut pada
Rimas bila setiap kali topiknya adalah yg sama. Boleh tak kau cite pasal lain plak, aku tau kau tgh gembira tp tolong sensitif skit pasal perasaan aku nie. Bukan aku tak suka tp klau dah 10 kali jumpa kau n topik 2 jugak yg jadi perbualan aku rimas la weihhhhh. Setiap kali nmpk itu dan ini setiap kali 2 la kau mesti nk kaitkan dgn hidup kau. Aku BOSAN!!!!. 

Aku boleh lagi nk layan kerenah kau klau sikit-sikit tp klau dah setiap masa aku pun dah jd tak reti nk layan so jalan paling baik aku diam kau cite je la apa pun masuk telinga kanan kuar telinga kiri. 

Kesimpulannya aku tgh TENSION dgn kerenah org dan org jugak tgh Tension dgn kerenah aku.

Sekian Terima Kasih.



** tgh berusaha berkelakuan seperti tiada apa yg berlaku depan semua org :)

-muCux-

03 March 2011

ADORE dgn Penulisan LENSA ROSAK

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, March 03, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue!!!
Sedang menikmati milo cicah biskut nyam nyam sambil membaca entri Lensa Rosak. . . Sebenarnya aku baru jew kenaL dgn blog si Lensa Rosak nie (kenal blog jew ok org x sempat nk kenal lg). Bila bace entri2 beliau aku yakin beliau mmg seorg penulis yang bagus n otak beliau aku kategorikan tahap superb, walaupun kekadang entri beliau byk mengundang kontroversi dgn mengutuk, mencaci n menghina org lain. Bagi aku apa yg disuara kan ada benarnya dan ada buruknya jadi kiter sebagai pembaca kena pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Aku seorang pembaca dan meletakkan diri aku sebagai yang bersifat adil. Menilai sesuatu dari satu sudut yang positif. Bila baca entri beliau mengenai blogger baru aku sedikit terasa hati tp cam yang aku kata, kiter sebagai pembaca ada otak yang waras boleh berfikir mana yg baik mane yg buruk. Yang baik kite jadikan panduan dan yg buruk kiter jadikan sempadan.

Itu semua terpulang pada diri masing-masing utk menilai. Tepuk dada tanya selera. 

**Nak kena belajar menulis lagi ini kalau xmau kene maki ngan Lensa Rosak hahahahahaha
   DAMN!!!!!



-muCux-

02 March 2011

AL-Kisah Pakcik dan dot dot dot

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, March 02, 2011 3 000 Caci Maki Terpaut pada
kisah terjadi antara mmbr aku dan seorg pakcik. . . 
di satu gerai cendol area uniten bangi situasi bengang 
pelakon:  "pakcik sempudal" dan "dier"(mmbr aku nama terpaksa dirahsiakan )

pakcik : dik! kenape la gemok sgt, mcm badak..
dia       : pakcik!  klo tuhan tu bg saye 1 permintaan..
              1 permintaan saye nk DIA cabut nyawa pakcik.
              ok x?.
"pakcik pergi dgn muke bengang.." 
..dari jauh "dia" ckp..

Dia:     pakcik jaga2 depan tu banyak lori balak, 
           klo dpt elak..sebelah kanan lori tangki 
           belah kiri lori sampah..
           hati2 yer..
the end..
 
**suke2 jew pakcik 2 nak ckp mmbr aku cam 2 padahal mmbr aku sikit pun x usik dier. hahahahaha terbahak2 aku gelak dgr dier cite dia sian kau kan. .xpew walaupown kau gemok ko ttp mmbr terbaek aku..syg kau :)
 -muCux-

01 March 2011

Harimau Muda vs Perak

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 01, 2011 3 000 Caci Maki Terpaut pada
assalam smue~
jom support adeq aku!!
malam nie tepat jam 8.45 mlm
pegang remote n
tukar ke saluran 801
dok terpacak depan tv jgn gerak-gerak :)
harimau muda vs perak.

**Viva Selangor :)
(bole cam 2?)

-muCux-

Cameron Highlands

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 01, 2011 3 000 Caci Maki Terpaut pada
Huarrggggg!!!!!
sangat penat+ mata dah berpasir tahap maksimum+sakit otot-otot tp aku gagahkan jugak mengupload pict sekali gus mengupdate bLog. . .Weekend ari2 aku n kawan2 tercinta abiskan masa jalan2 n shoping2 kat Cameron Highlands "manyakkk syiiokkk". Cam biase tempat wajib semua org tuju bila sampai kat cameron ialah ladang teh, ladang strawberi, kedai kaktus n pasar Cameron Highlands mmg byk sayur2 yg segar n cenderahati kat situ tinggal korg smue nk pilih jew mane yg berkenan. Aku rembat strawberi 5 bungkus, teh 4 bungkus, jagung manis 15 tongkoL n beberapa cenderahati utk kawan2. . .mmbr2 aku yg lain bawak blk cam nk berniaga kat kL takot aku tgk patut la masing-masing xnak kongsi kete rupenye nk borang abis-abisan kat sana :). . .Satu lagi kenangan terindah bersama kawan2 yang akan aku catit dalam sejarah hidup aku. 
sayang smue :). . .njOy pict 











Oh Dunia bLogger!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, March 01, 2011 5 000 Caci Maki Terpaut pada
Assalam smue~
2 3 hari nie aku x byk mengupdate blog just menghabiskan masa "berblogwalking" then aku sangat2 terkejut dgn apa yg aku dapat sungguh panas rupanye dunia blogging nie membuatkan aku terfikir mampu ke aku utk mengahadapi rencah-rencah kehidupan seperti mereka-mereka nie(wahh sngat poyos kau ainn update blog pon 2 kali semgg ada hati nk berangan jd fames hihihi).

Berbalah sesama sendiri, masing-masing nk tunjuk yg dier betul masing-masing xmau mengalah mcm2 entri aku baca smuenye point yang sama x puas hati satu sama lain n nk pertahankan pendapat masing-masing . Org kate berblog nie sekadar nk meluahkan apa yg dirasa dan berkongsi kehidupan disamping menambah pendapatan(tah bila nk bertambah nie), ternyata mmg benar ramai blogger kat luar sana meluahkan rase geram, x puas hati dan menjatuhkan satu sama lain dalam entri2 dorg. Adakah itu contoh yang baik pada blogger2 baru cam aku nie???blogger2 yang baru nk bertatih dlm dunia ini???

Blogger sampah la, blogger murahan la, entri syok sendiri la, pict perasan kiut la n macam-macam lagi la, aku pon layan jugak bace entri2 cam nie (adakah mmg sikap org melayu cam aku nie suke tgk org melayu sesama melayu  bermusuhan?) bukan aku suke tgk melayu berbalah sesama sendiri cume mengambil pengajaran semoga aku dijauhkan dari benda2 2 smue sbb aku nie blogger baru penulisan pun merepek lagi still belajar jadi x mustahil lah blogger2 lama nie akan kategorikan aku sebagai blogger sampah, blogger murahan dan sebagainya.

So aku belajar dari blogger-blogger lama dan terima kasih pada blogger-blogger lama kerana menunjukan contoh yg baik pada kami blogger baru. Semoga suatu hari nanti kami jugak akan jadi seperti kalian smue bila masing-masing dah fames.

*Entri xde kene mengene dgn yang hidop mahu pon yg meninggal dunia berckp atas dasar apa yg ada dalam pale hotak aku. Harap Maklum.

 
-muCux-
 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review