11 February 2011

JAKIM Lancar Kempen Awasi Jerat Hari Valentine

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, February 11, 2011
Hello smue!!
Kempen Awasi Jerat Valentine??? errmmm menarikkan??? memandangkan ramai golongan remaja islam yang terlalu obses dgn sambutan ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine di putrajaya pada Jumaat(hari ini) untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini(14 Februari).

Menurut kata Menteri di jabatan Pedana Menteri Datuk Seri Jamil Khir program itu diadakan bertujuan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam (HARAM).

Apa yg aku tgk skg nie setiap kali hari valentine stesen TV berlumba-lumba menyiarkan cerita hollywood yg mengisahkan hari valentine, Talk show mahupun game show smue berkonsepkan hari Valentine radio plak membicarakan topik yang sama majalah2 puLa mengeluarkan cerita2 tentang artis2 yg bercinta,  hadiah semperna hari valentine, tempat yg sesuai meraikan hari valentine dan sebagainye memandangkan malaysia negara islam benda2 seperti itu harus diminimumkan. Walau berpuluh-puluh kempen yang dibuat oleh kerajaan sekali pun klau pihak media masih menyokong hari valentine ini x guna jugak.

Bagi aku Hari Valentine ini disifatkan sebagai sesuatu yg tidak menguntungkan. Ramai remaja yg mengambil mudah tentang isu nie dan kempen sebegini aku harap dapat membuka mata remaja-remaja islam bahawa sambutan Hari Valentine ini bertentangan dgn ajaran islam.



p/s: Seumur Hidup Aku x pernah sambut Valentine.

-muCux-
 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review