19 January 2011

Wang siling RM74,000 bertaburan di lebuh raya

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, January 19, 2011
 Pengguna Lebuhraya berhenti dan mengutip duit syiling yang berteraburan.
 PEKERJA Propel menyodok duit syiling yang bertaburan selepas kereta pacuan empat yang membawanya terbalik
 
REMBAU: Sebahagian daripada RM74,000 wang syiling bertaburan di tengah lebuh raya selepas sebuah pacuan empat roda yang mengisi wang itu dalam sebuah tong besar terbalik di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, sebuah Toyota Hilux dipercayai milik syarikat mengedarkan wang syiling kepada premis perniagaan di Melaka, terbabas sebelum terbalik ke tepi jalan akibat dirempuh sebuah kenderaan lain.
Berikutan itu, sebahagian syiling didakwa mencecah RM74,000 disimpan dalam sebuah tong besar, bertaburan di sekitar kawasan berkenaan, sebelum disedari pengguna jalan raya yang kemudian berhenti mengutip wang itu.
Berikutan itu, sebahagian syiling didakwa mencecah RM74,000 disimpan dalam sebuah tong besar, bertaburan di sekitar kawasan berkenaan, sebelum disedari pengguna jalan raya yang kemudian berhenti mengutip wang itu.
Mereka kebanyakannya penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengutip syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen itu dengan memasukkannya ke dalam topi keledar, plastik serta beg yang dibawa.
Keadaan itu menyebabkan polis dan petugas PLUS menutup laluan itu selama lebih 10 minit bagi mengelak mereka dilanggar kenderaan lain, sekali gus menyebabkan kesesakan serius.

*sumber berita dari bharian Online. . .

hihihihi kLau aku ada kat c2 pown aku kutip jugakkk
adeeehhhhhh
sib baek duet syiling klau duet kertas Lg ramai yg benti.

-muCux-

2 000 Caci Maki:

Faztee Danisha said...

ko bc ke x ni ain..duit tu dr mane nak kemana.."Dalam kejadian jam 3 petang itu, sebuah Toyota Hilux dipercayai milik syarikat mengedarkan wang syiling kepada premis perniagaan di Melaka.."

jgn krn nk duit..kslmtn t'abai yop

muCux said...

hahaha
kak maksud aku
duet syiling byk2 2 dtg dr mane n nape xdew securiti or pape jew la
hahahhahaha
cover2

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review