18 January 2011

Konsert Pertama Urusan Aizat Amdan

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, January 18, 2011
Konsert pertama Urusan Aizat Amdan yang akan berlangsung pada 29 Januari 2011 secara live di Damansara telah pun habis dijual pada 11 Januari 2011 yang lepas. Konsert berskala serdahana ini akan berlangsung selama 2 jam bermula pukul 8.30pm di Bentley Music Auditorium menampilkan 15 pemuzik & penyanyi latar yang akan memainkan lagu-lagu hit Aizat daripada kedua-dua albumnya, iaitu Percubaan Pertama dan Urusan Aizat Amdan. Uniknya, elemen-eleman orkestra turut diselitkan dengan kehadiran 8 pemain alat ‘strings’ seperti biola & cello, dimana susunan muzik dibuat sendiri oleh pengurusan Anas (abang Aizat) & Aizat sendiri untuk membangkitkan sentuhan persembahan yang lebih dramati.
difahamkan, penonton wanita mempunyai kawasan khas di mana mereka tidak perlu berasak-asak dengan penonton lelaki, dan secara tidak langsung boleh menonton persembahan Aizat dengan selesa & selamat. Selain itu, peminat boleh mendapatkan koleksi istimewa seperti T-shirt, album, poster dan barangan cenderahati yang lain di booth-booth yang akan dibuka mulai pukul 5 petang pada hari berkenaan.
Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan seperti Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita, Susun Silang Kata, Sungai Lui & sebagainya, yang pasti akan menjanjikan hiburan yang menarik dengan dibantu oleh teknik pencahayaan yang mantap.

*Sumber Berita Dari ohbuLan :). . .

0 000 Caci Maki:

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review