21 January 2011

Dugaan ALLAH s.w.t

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, January 21, 2011
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah s.w.t. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseowg utk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan. Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan. . .
duduk kat sepital nie tgk owg dgn mcm2 penyakit tol2 menginsafkan aku. . syukur aku sangat sihat setakat nie dan berdoa semoga aku tidak di uji dgn penyakit2 yg kronik. . .
ALLAH maha ADIL setiap ujian atau dugaan yg di turunkanNYA adalah bersesuai dgn kemampunan utk seseowg itu tanggung dan setiap owg pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan. ALLAH menurunkan ujian tanda ALLAh sayang kan kite. . .setiap manusia harus tabah dan cekal meghadapi setiap dugaanNYA. biLe kiter di timpa musibah percaya lah bahawa ada ramai lagi Owg yg terima nasib yg sama dan lebey teruk dari kiter. . .Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti.

-muCux-

0 000 Caci Maki:

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review