13 January 2011

camping Oh camping

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, January 13, 2011

salam. . .

Tgh dok wat2 keje tetibe fon aku bunyi tgk kat skin caca call. .
dier ada kat ofiz aku ajak lepak bekpes. . .
aku pown g la trn jumpe dier bg x menghampakan perasaan dier. . .
memandangkan dah lama jugak aku x jumpe n lepak2 ngan dier. . .
cite punye cite caca bukak lak pasal hiking n camping
wah!! aty aku sngt teruja lama dah x wat benda2 cam 2. . .
bermulaLah pLan nk bercamping bersama kawan2 raye cina nie. . .
tmpt bezt kate caca dekat ngan waterfall n byk kemudahan. . .
masuk hanya 3hggt. . .
nie yg buat aku x saba tp prob nye kat sini raye cina
adeq maksu aku kawen ktowg smue pakat nk p penang so camne nie?
"caca Plsss tukar tarikh demi aku" hahahaha
2 pown klau caca syg aku lebey dari awek dier La :p
sO datenye masih dibincangkan tgg jew la aku update entry
baru klau aku join camping dowg ye :)
ermm bagi sesapa yg blum penah bercamping aku cadangkan
g la walaupown skali rase pengalaman berdikari. . .
walaupown aku nie bukan seowg yg berdikari tp aku suke
camping cume nye tmpt camping aku akan memilih skit la klau
tmpt 2 xde toilet aku pk 10x la nk g kew x hahahahaha. . .

bagi yg ada niat nk bercamping 2 kat cnie aku bg tip2 kat Kowg. . .
njOy ya!!

-muCux-


Tips ketika berkhemah

Masih banyak kumpulan pekhemah berkhemah dengan ragu - ragu tanpa ada satu petunjuk yang jelas mengenai banyak perkara. Dan antaranya ialah kawasan perkhemahan, sama ada kawasan rata atau pun tidak, berkhemah dekat dengan sungai dan pelbagai lagi perbualan dan senario yang kerap berlaku ketika berkhemah. Dalam ruangan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai tips ketika berkhemah. Ianya tips yang mudah tetapi mempunyai impak yang amat besar.


Etika berkhemah

1. Memilih kawasan yang rata, tidak berlopak untuk mengelak daripada takungan
air semasa hujan
2. Ada perlindungan daripada angin, disebalik bukit pokok besar dan sebagainya
3. Berdekatan dengan punca air untuk memudahkan
4. Mendapat sinar matahari jika boleh, bahaya jika berkhemah dibawah pokok
dikhuatiri dahan pokok mati jatuh menghempap khemah
5. Mempunyai hubungan dengan jalan, trek dan juga denai.

Mendirikan khemah

1. Dipasang diatas tapak khemah yang telah dipilih mengikut kesesuaian.
2. Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
3. Ditempat berpasir atau tanah lembut gunakan pancang kayu untuk memperkuatkan
pacakkan dengan tujuan untuk memperkukuhkan khemah, begitu juga dengan
berkhemah dengan kawasan yang terdedah dengan angin.
4. Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak.
5. Jarak antara khemah sebaiknya berjarak 5 hingga 8 meter

Larangan semasa berkhemah

1. Jangan berkhemah berdekatan dengan punca air
2. Kawasan lalang ( dikhuatiri binatang jenis melata dan kebakaran merebak dengan
cepat )
3. Semak samun atau kawasan belukar
4. Tanah lembab berpaya, berlumpur atau berlopak.
5. Diatas tebing tinggi dan curam.
6. Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
7. Kawasan berbatu, berpasir ( susah untuk memacak pancang )
8. Jangan membawa barangan kimia ke dalam khemah contoh lantern/stove

Etika memasak di kawasan perkhemahan


secara umumnya tidak lengkap berkhemah jika tidak menyalakan api, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum menyala dan menghidupkan unggun api. terdapat beberapa syarat yang perlu di patuhi semasa perkhemahan.

1. Jarak dapur 8 - 10 kaki daripada khemah
2. Kecilkan api sekadar untuk memasak, untuk tujuan kebersihan dan keselamatan
perkhemahan
3. Jangan bina dapur di bawah pokok ( celah banir pokok )
4. Dapur yang tidak digunakan dipadamkan apinya dan kambus bara dengan pasir atau
tanah
5. Batu yang digunakan sebagai tungku hendaklah dialihkan kembali kepada tempat
asal
6. Jangan buang sampai ke dalam sungai
7. Sisa makanan hendaklah ditanam


0 000 Caci Maki:

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review