14 January 2011

ABPBH2010

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, January 14, 2011
BUKAN saja kehidupan yang boleh diibaratkan seperti putaran roda tapi mereka yang tersenarai sebagai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) juga boleh disamakan dengan perumpamaan itu kerana mereka yang tercalon untuk lima tempat terbaik dalam 16 kategori yang dipertandingkan sentiasa berubah-ubah.
Kalau tahun lalu ramai muka baru mengisi senarai finalis, begitu jugalah pada ABPBH2010. Cuma apa yang mengejutkan pada masa sama, ramai ‘muka lama’ yang dianggap sebagai ‘gergasi’ dalam acara berprestij itu sudah tidak kelihatan lagi.

Ke manakah menghilangnya Rosyam Nor, Saiful Apek dan Mawi yang pernah diangkat sebagai Bintang Paling Popular? Begitu juga dengan Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Rita Rudaini, Eja dan Adam yang saban tahun namanya tidak pernah tercicir dari senarai pencalonan.

Apakah itu menandakan bahawa selera peminat semakin berubah ataupun mereka sebenarnya gagal mempertahankan populariti yang selama ini berada dalam genggaman mereka.

Sukar untuk mencari puncanya kerana perubahan sentiasa berlaku sama seperti genre muzik yang menjadi ikutan.
Bagaimanapun, bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah.Seiring dengan revolusi yang berlaku dalam industri hiburan yang acapkali mempamerkan wajah-wajah segar dan muda dalam drama dan juga program hiburan terbitan mereka, senarai mereka yang mendapat tempat Top 5 ABPBH2010 juga mengikuti pola yang sama.

Semakin kerap produk mereka ditayangkan di kaca televisyen atau di layar perak, semakin memuncak populariti mereka. Justeru tidak hairanlah senarai finalis tahun menyaksikan ramai selebriti yang boleh dianggap pertama kali merasai pengalaman baru itu dicalonkan dalam Top 5 ABPBH.

Seronok, teruja dan ada juga di antara mereka tergamam sehingga sukar untuk menterjemahkan dengan kata-kata kerana tidak menyangka perkara yang tidak pernah bermain dalam fikiran mereka sebelum ini menjelma di depan mata.

Berkongsi perasaan pertama kali tersenarai sebagai finalis adalah penyanyi wanita yang lagunya baru saja dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara lagu ke-25 baru-baru ini iaitu Ana Raffali, pemenang kategori pelakon pembantu lelaki terbaik untuk Festival Filem Malaysia yang lalu, Shaheizy Sam, pelakon filem Haq, Ady Putra, pelakon cilik, Elfira Loy, pelakon bertubuh gempal, Nur Syuhaida serta pelakon dan juga model, Sharnaaz Ahmad.

Hadir dengan pakej dan bakat semula jadi, keenam-enam selebriti ini mengakui terkejut dan seolah-olah berada di alam mimpi.Namun mereka akur dengan cita rasa peminat yang memang sukar dijangka sebenarnya.

p/s: aku rase pasnie ABPH kene tambah satu lagi kategori. . "PEMAIN BOLA SEPAK PALING POPULAR" memandangkan skg nie pemain bola sepak lg popular dr artis :). . .


Antara calon2 bagi Kategori Pemain BOla Sepak Paling Popular Safee Sali, Sharul idlan talaha,Khairul Fahmi Che Mat, Syafiq Rahim, S. Kunalan dan RAJAgobaL hihihihi

dan ini adaLah pilihan aku :). . . amri yahya sangat suke kamOoo
since i kecik2 Lg taw!!

-muCux-

0 000 Caci Maki:

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review