29 December 2011

Bye-Bye Penang

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, December 29, 2011 1 000 Caci Maki Terpaut pada










Apa yang dapat aku simpulkan tentang Penang nie ermmm sama mcm kL sesak

28 December 2011

Rabu tidak terkata!!!

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, December 28, 2011 4 000 Caci Maki Terpaut pada





Jeruk Madu, Penang

**(Chowrasta Market atau nama melayunya, Pasar Chowrasta merupakan salah satu tempat kat Penang yang anda wajib pergi. Terletak di Georgetown, nama Chowrasta merupakan bahasa Urdu yang bermaksud "Diantara empat persimpangan jalan" iaitu Penang Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil.)

22 December 2011

Idrus Ikan Bakar -Penang

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, December 22, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
-Makan-makan cuti sekolah-
Restoran ini telah mula beroperasi sejak tahun 1995. Restoran ini boleh menampung sehingga 250 tempat duduk. Terdapat 2 jenis sudut ruang makan iaitu sudut makan biasa (duduk di atas kerusi) yang dapat menampung sehingga 170 tempat duduk dan sudut makan bersila (duduk bersila ala kampung) yang dapat menampung sehingga 80 orang.















Waktu Operasi (Operation Time) :
Dibuka setiap hari bermula jam 5 petang / pm sehingga lewat malam (1-2 pagi / am)
 
No. 3, Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,, Lebuh Raya Bayan Lepas.
Bayan Lepas Penang
Malaysia
012-4528858


21 December 2011

Warna Warni Pesta PuLau Pinang 2011

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, December 21, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
-Jalan-jalan cuti sekolah-
Pesta Pulau Pinang ini adalah acara tahunan negeri Pulau Pinang. Kata puan emak pesta pulau pinang nie dari zaman dia kecik-kecik lagi dah wujud dan aku dah 2 3 kali puan emak bawak masa kecik-kecik dulu.  Tapak pesta terletak di Sungai Nibong, Pulau Pinang xpernah berubah tapak pestanya dulu kini dan selamanya.

Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang pesta berlangsung dari 28 November 2011 sehingga 1 Januari 2012. Ramai mak pak ambik kesempatan bawa anak-anak berhibur dengan pelbagai hiburan yang disediakan di Taman Hiburan Euro Fun Park maklumlah cuti sekolahkan. Selain itu, pengunjung berpeluang membeli belah di gerai-gerai pelbagai jualan dan menikmati dan membeli pelbagai juadah dari penjual makanan dan minuman terkenal di Pulau Pinang. Pelbagai pertujukkan khas dan unik disediakan seperti pertujukkan gadis bersama ular, persembahan tayangan dan pameran 3D , konsert artis-artis terkenal tanahair serta persembahan kebudayaan pelbagai negara. 






 














Mak aku ckp dulu masuk free cuma nk main je kene bayaq tapi la nie masuk pun kene bayaq tapi xde la mahai sangat berpatutan la :)

Harga Tiket : RM 3.00 - Dewasa | RM 1.00 - Kanak-kanak
Masa Pesta : 6.00pm - 11.30pm 
 

20 December 2011

Toy Museum Penang

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, December 20, 2011 0 000 Caci Maki Terpaut pada
-Jalan-jalan cuti sekolah-

Pulau Pinang Toy Museum adalah satu satu tempat yang patut dilawati jika korang semua dtg ke penang terutama pengemar karton n adik-adik kecik. memang sangat teruja tgk himpunan patung dari cerita-cerita karton dari dulu sampai sekarang. dari sumber yang aku dapat patung-patung dlm museum nie adalah koleksi peribadi pemilik museum yang obses pada "toy".

Dengan lebih daripada 100 000 mainan, korang boleh melihat setiap jenis permainan kanak-kanak di sana. Angka-angka tindakan anime, Doraemon, Star Trek pengumpulan, Mr Bean, Dragon Ball, Spiderman & senarai. Terdapat beberapa mainan saiz manusia tinggal di sana seperti Shrek, Spiderman & Batman.









 Chucky n his friend are "alive"


 Tarzan yang chumell

  Kiss (sangat teruja bila tgk patung nie)


 Ninja Turtles

 Goku

Monsters Inc

 Harry Potter 

 Freddy 

 Scooby Doo

Nightmare

Budak mok-mok si penggemar karton

Landmark: di hadapan Copthorne Hotel Penang, Tanjung Bungah.

Bayaran: RM 10 untuk dewasa dan RM 6 bagi kanak-kanakdi bawah umur 12 tahun.  

Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga jam 8.00 malam setiap hari. 

Maklumat perhubungan di bawah. 
Toy Museum Pulau Pinang,
Jalan Tanjung Bungah,
11200 Tanjung Bungah
Pulau Pinang, Malaysia
Tel: +6012-4602096
 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review