22 June 2010

28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ By Mohd Jayzuan

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, June 22, 2010

Dari seorang penyanyi kepada seorang penulis buku? Tiada apa yang mustahil jika seseorang itu mampu melakukannya. Mohd Jayzuan yang popular dengan lagu Gadis Elektrik dan juga vocal band Free Love kini sudah mampu tersenyum lebar kerana pada 12 julai 2010 pelancaran bukunya yang pertama, ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ telah selamat dijalankan dengan lancar. Buku terbitan Sang Freud Press ini menceritakan pengalaman pengembaraan dia seorang diri ke seluruh Malaysia. Hasil tulisan yang begitu simple, humor dan straight to the point memang agak menarik.Dan cuba korang bayangkan kalau Yunalis juga turut mengikut langkah Mohd jayzuan atau band2 otai mesti bermacam-macam cerita dan gelagat tentang scene underground pada era2 90an.

Tatkala aku menerima jurnal ini dr abang posmen yang macho, aku terus membacanya. Manakan tidak berhari2 aku menanti dengan sabar. Buku yang sangat2 comel seperti penulisnya ku habiskan dalam masa tidak sampai sehari pun. Thank kasih Jay anda baru sahaja menceriakan hari aku. Gelak seorang diri dengan humor yang bersahaja dan sedikit ayat2 kejam. Jay mmg parah!! aku suka hasil tulisan Jay tidak berbunga2, berbelit2. senang nak paham. maklumlah ROCK N ROLL!! apa2 pun Jay jgn berhenti menulis, hasilkan lagi karya2 agung mu itu. Aku tak nak ulas panjang2 nanti tak suprise la plak kan. Apakata korang beli ja buku nih. Tak mahal pun RM15 jer.

Buku ini akan berada di MPH, Popular dan Silverfish pada hujung Julai dan berharga RM 15 hinggit sahaja. Selain itu bg orang yang malas nak pergi kedai (mcm aku) atau duduk jauh dihujung dunia tu korang boleh beli secara pos.

Pembelian secara pos:
1. Masukkan RM15 ke akaun berikut (lebih pun tak mengapa sebagai tanda sokongan :
nama: Irman B Noor
no akaun : 162085468109 (maybank)
2.Lampirkan bukti pembayaran melalui emel dan lampirkan alamat.
dvinecomedy@hotmail.com

sebarang pertanyaan tentang pembelian buku :
http://www.facebook.com/sufianabas

bg yang ingin tahu lebih mendalam tentang buku itu:
http://www.facebook.com/mohdjayzuan


*copy from http://malayapark.com/

0 000 Caci Maki:

 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review