29 June 2010

Good Luck Syafia Sayfinaz

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, June 29, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada
Smlm aku p anta adeq aku(asya) daftar masuk maktab
kat sg. petani kedah. . .sian dier sowg2 tercampak jauh kat sana. B4 g kedah lpk kg abah kat perak 2 mlm(gemok aku dok kg mkn x ikot time). Hari isnin gerak dr perak koL 6pagi smpai sana dlm kol 8 lebey sib baek ada gps so xdew r sesat. Sampai2 jew tgk dah ramai yg smpai adeq aku trz p wat apa yg patut. Lama jugak la aku tgg tp xpew demi adeq aku yg tersyg. . .Mase dah selesai smue2 time tOk aku n family aku berangkat sedey nokk nk tinggalkan dier padahal bukan dier x biase dok asrama tp kali nie myb jauh kot 2 yg terasa sngt. . Masa dier nk g 2 x ler nagis depan dier sbb takot dier pown sedey ttp jew pintu kete smue nagis. . .adeehhhh sayu beb. . .rase sunyi Lak uma ko xdew sya. . .xdew sapa aku nk bahan xdew sapa nk wat lawak bodo adeq pown tido sowg2 jew huhuhuhuhu. . .smue Owg hapi kat cnie biLe kO mengaLah n setuju nk jd cikgu (mak n atok paling hapi skaLi) besa pahala kO beb. . .walaupown ko x dpt jadi polis nanti ko mezti bangga anak murid ko jd polis huhuhuhuhu. . . .nanti leh la megajar anak aku erk :)

ASYA
-Blaja elok2 taw
-aku bangga ngan kO
-aku sayang kO
-dok sana jgn nakaL2
-jaga mkan ckit nanti cmne nk jd cikgu pj klau gemOk hihihihi
-all da bezt 2 u
-Lot of ♥♥♥♥♥♥♥♥♥ muahmuahxx

-mucux-

22 June 2010

Cinta Indah-Nota Muzika

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, June 22, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada

Cinta Indah – Nota Muzika


perihaL Band

-Band Nota Muzika ini bermula pada Disember 2008
-berasaL dr ipOh.
-Line up:
  • Nor Sabina - Vocal,
  • Mohd Hafizul Amin - Vocal / 2nd Guitar
  • Wan Khirul, Helmy - 1st Guitar
  • Azrul - Bass
  • Mohd Salim Aminzaini - Drum
  • Muhammadnur Aminluqman - Keyboard

-Genre:Indie + Pop + + Rock + Retro.
-Sering membuat persembahan di gig-gig sekitar iPOh.
-Website:

-press contact: +6019 - 5575737

28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ By Mohd Jayzuan

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, June 22, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada

Dari seorang penyanyi kepada seorang penulis buku? Tiada apa yang mustahil jika seseorang itu mampu melakukannya. Mohd Jayzuan yang popular dengan lagu Gadis Elektrik dan juga vocal band Free Love kini sudah mampu tersenyum lebar kerana pada 12 julai 2010 pelancaran bukunya yang pertama, ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ telah selamat dijalankan dengan lancar. Buku terbitan Sang Freud Press ini menceritakan pengalaman pengembaraan dia seorang diri ke seluruh Malaysia. Hasil tulisan yang begitu simple, humor dan straight to the point memang agak menarik.Dan cuba korang bayangkan kalau Yunalis juga turut mengikut langkah Mohd jayzuan atau band2 otai mesti bermacam-macam cerita dan gelagat tentang scene underground pada era2 90an.

Tatkala aku menerima jurnal ini dr abang posmen yang macho, aku terus membacanya. Manakan tidak berhari2 aku menanti dengan sabar. Buku yang sangat2 comel seperti penulisnya ku habiskan dalam masa tidak sampai sehari pun. Thank kasih Jay anda baru sahaja menceriakan hari aku. Gelak seorang diri dengan humor yang bersahaja dan sedikit ayat2 kejam. Jay mmg parah!! aku suka hasil tulisan Jay tidak berbunga2, berbelit2. senang nak paham. maklumlah ROCK N ROLL!! apa2 pun Jay jgn berhenti menulis, hasilkan lagi karya2 agung mu itu. Aku tak nak ulas panjang2 nanti tak suprise la plak kan. Apakata korang beli ja buku nih. Tak mahal pun RM15 jer.

Buku ini akan berada di MPH, Popular dan Silverfish pada hujung Julai dan berharga RM 15 hinggit sahaja. Selain itu bg orang yang malas nak pergi kedai (mcm aku) atau duduk jauh dihujung dunia tu korang boleh beli secara pos.

Pembelian secara pos:
1. Masukkan RM15 ke akaun berikut (lebih pun tak mengapa sebagai tanda sokongan :
nama: Irman B Noor
no akaun : 162085468109 (maybank)
2.Lampirkan bukti pembayaran melalui emel dan lampirkan alamat.
dvinecomedy@hotmail.com

sebarang pertanyaan tentang pembelian buku :
http://www.facebook.com/sufianabas

bg yang ingin tahu lebih mendalam tentang buku itu:
http://www.facebook.com/mohdjayzuan


*copy from http://malayapark.com/

19 June 2010

Epy Bezday ADEQ

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Saturday, June 19, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada
epy bezday adeq!!

smlm bezday adeq aku (anis) yg ke 16. . .ktowg pLan nk wat suprise kat dier sO aku berkomplot ler ngan adeq aku (asya), couzin aku (nozi) adi bf adeq n akim bf asya (nk jugak market nama bf2 adeq2 aku nie). Simple party but puaz aty la walaupon ada benda yg x menjadi tp biase la masalah2 teknikaL yg kecik nie. Macam2 jd masa nk suprise nie ada yg terlampau excited smpai cr button tv pown x jumpe, ada yg majuk trz ttp suis nasi xmo masak, ada yg nk pasang lilin tp x nyala sbb kipas x ttp la hihihih n mcm2 lg ler. . .Neway aku sngt hapi sbb adeq aku dah besa. Adeq aku syg sangt kat kO walaupown kekadang kO menyakitkan aty aku n agak kuang aja ngan aku tp 2 smue aku x simpan dLm aty sbb aku SAYANG kat kau sangt2. . thankxx 2 SYAFINAZ SYAFINAZ nozi adi n akim. . . Asya bezday kO nanti tgg aku dtg Kedah hihihihii

ADEQ wish u :-

-pnjng umO. .
-murah rezeki. .
-bLaja rajin2 n
-xmo nakaL2

p/s: gudluck 2 asya 4 sesi pengajian nye. . .aku SAYANG ko jugak. . .

18 June 2010

ECO FEST 2010

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, June 18, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada

DATE : 10 JULY 2010

TIME : 12NOON TILL 12NIGTH

VENUE : TAPAK PESTA PULAU PINANG

TICKET : RM35

16 June 2010

Surf’s Up! Ipoh City Rockers Convention 2010

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, June 16, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada
p/s: kepada smue rockers2 ipOh jOm pakat turun ramai2. . .

12 June 2010

couple-Lagu Cinta Untukmu

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Saturday, June 12, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada

Couple – Lagu Cinta Untukmu


suke sngt lagu nie. .
nice n bezttt
khas tOk "dier"
syg kamoo. .

lyric


Inginku
Buat lagu cinta untukmu
Agar kau boleh cuba
Rasa perasaanku

Inginku
Tulis lirik cinta untukmu
Agar kau boleh cuba
Rasa perasaanku

Ta da da
Ta da da
Ta da da da

Kau rasa perasaanku


-mucux-

11 June 2010

Tips Penjagaan Rambut

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, June 11, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada

Elakkan Rambut Ditumbuhi Uban

Uban tidak hanya berlaku kepada golongan tua. Golongan muda juga berisiko ditumbuhi uban. Uban tidak bermakna penambahan usia semata-mata tetapi turut melibatkan keadaan rambut dan kulit kepala yang tidak sihat. Apabila rambut mula diwarnai dengan jejalur putih, maka hilanglah seri mahkota tersebut. Rambut beruban ternyata tidak disenangi. Untuk mengelakkan rambut beruban di usia muda, ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2 atau 3 kali seminggu. Selepas itu, cuci rambut seperti biasa. Walaupun cara ini mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya, tetapi ianya memang mujarab.



Melebatkan Rambut

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian
diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.



Masalah rambut gugur?

Ha,sebelum terlambat... Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi.



Menjaga Kecantikan Rambut dan Kebersihan Kepala

1 ) Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan
ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

2) Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.

3) Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.




Rambut berkelemumur?

Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci. Insya-Allah akan berhasil.





MELEBATKAN RAMBUT ANAK ( SELEPAS BERSALIN )

Untuk melebatkan rambut anak setelah dicukur, sila gunakan petua ini;

Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan 6 helai daun melur.
Kesemua daun akan digiling, campurkan bersama bedak sejuk dan air.
Sapukan di kepala bayi.




MELURUSKAN RAMBUT YANG KERINTING.

Dapatkan segelas santan kelapa tua. Perahkan sebiji limau nipis kedalamnya. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi menyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama 1 jam. Basuh dan bilas. Lakukan 3 kali seminggu.

Selamat Hari Bapa ♥

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, June 11, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada
Hari Bapa bakaL dismbut pada 20 Jun 2010 ermmm sebut pasaL hari bapa nie mezti ramai yg dok pk nk beLi adiah apa tOk bapa masing2 tp bagi aku adiah 2 x penting yang penting kasih sayang n rase hormat aku pada abah aku. . .bercerita skit pasaL abah aku. . abah aku nama dier ahmad fadzil saidi owg kampung pnggil dier mat berasaL dr perak (smpai skg logat perak x iLang) ada 10 Owg adeq beradeq abah nie seowg yg kLaka n yg paling bezt abah nie x garang tp x taw La nape ktOwg adeq beradeq smue takot ngan abah hihihi abah ckp skali jew (dgn nada yg lembut) ktOwg punye taKot n Laju jew wat apa yg abah suruh kLau abah kata jgn maknenye jgn Ler mmg x berani nk buat hihihihihi. . .abah menetap kat kL nie b4 dier kawen ngan mak aku Lg yang bezt nye mase mak n abah aku kawen aku ada kat majlis dowg hihihihi cmne erk 2? sebenarnye aku nie anak tiri abah tp aku x penah anggap abah itu abah tiri aku mak n ayah aku bercerai masa aku kecik2 Lg. . .abah syg aku sama cam anak2 dier yg laen abah x pernah bezakan aku ngan anak2 dier yg laen untung sngt dpt abah cam 2. biLe tgk Owg laen yg dpt bapak tiri yg xbetOl rase bersyukur sngt2 sbb abah aku adaLah seOwg abah yg terbaek xdew ganti nye huhuhuhu (tetibe sedey). satu benda yang aku nk sangt ialah aku nk abah waLikan aku time aku nikah huhuhu tp apakan daya hukum ALLAH yg tetapkan kiter sebagai manusia x bOleh merubahnye(klaula hukum 2 manusia yg buat aku akan tentang abis-abisan). PapepOwn aku sebagai anak teramat2 la bersyukur kerana mempunyai abah seperti beliau terima kasih atas kasih sayang n perhatian abah selama nie SELAMAT HARI BAPA.
i♥u ABAH. . .

-mucux-

Tip MembeLi Kasut

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Friday, June 11, 2010 4 000 Caci Maki Terpaut pada




Faktor2 penting ketika membeli kasut:

1. MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
2. BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
3. REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
4. BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
5. MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
6. FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
7. FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
8. PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.
9. LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
10. KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda berasa selesa.







Jenis2 tapak kaki:

Kaki Rata Tanpa Lekuk (Low Arch / Flat foot)
Tidak boleh berdiri atau jalan lama kerana lutut akan cepat merasa sakit.

Kaki Lekuk Sederhana (Normal Arch)
Struktur kaki keras serta kurang bermasalah.

Kaki Lekuk Dalam (High Arch)
Kurang masalah, mempunyai kaki lebih keras, jika berjalan, tidak begitu banyak pergerakan sendi yang berlaku.


Panduan Memilih Kasut

1. Pilih kasut yang bertumit rendah -tumit tinggi slalu g pkai Ofiz jew sbb x byk jLn kalau g shopping pkai heeL mmg cari penyakit La
2. Pastikan saiz kasut anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia. Jika menggunakan saiz 8, jgn sesekali menggunakan saiz lebih kecil @ besar kerana ia memberi kesan kepada kaki untuk tempoh jangka panjang.
3. Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar
4. Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya.
5. Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
6. Beli kasut pada waktu petang atau malam - otot kaki mengembang pd waktu itu. Jika anda membeli-belah, pastikan sesi membeli kasut mengisi agenda terakhir.
7. Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.
8. Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
9. Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.
10. Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
11. Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
12. Usah taksub pada rekaan hingga mengabai faktor kesesuaian bentuk kaki.
13. Memakai kasut ketat boleh mengakibatkan tapak kaki sakit dan kesan lain. Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus golongan dewasa di Malaysia menderita sakit kaki akibat sindrom diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.
14. Sekiranya anda mempunyai kaki bengkok ke dalam, pastikan kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain.
15. Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabai faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yg dihajati

Antara KOtak2 kasut aku yg masih berisi

Sekarang pkai cross jew simpLe n selesa. . .
sandaLs pilihan aku. . .i ♥ it. . muahmuahxx


Di antara kesan yang dirasai akibat pemakaian kasut yang kurang bersesuaian:

1. KERENGSAAN pada otot-otot bahagian betis kaki.
2. KERENGSAAN PADA PELANTAR FASCITIS yang dirasai pada sebelah pagi selepas bangun dari tidur atau setelah berehat dalam tempoh yang panjang.
3. BENGKAK PADA SENDI antara ibu jari dan bahagaian kelengkeng jari akibat pemakaian kasut yang terlalu ketat.
4. KEMATU yang terjadi di bahagian tapak kaki akibat sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki disebabkan tekanan geselan yang berlebihan pada kasut.
*Diharap dgn tip yg berguna nie u aLL paznie jgn la rembat jew erk piLih betOl2 duLu itu smue utk keselesaan u aLL jugak.
Selamat Bershopping.
-mucux-

Cth kesan2 akibat salah memilih kasut( adeehhh sakit siOttt)

10 June 2010

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Thursday, June 10, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada

Beeha – Inilah Aku

Jatuh cinta pandang pertama bila 1st time dengar Lagu nie. Simple n nice sangat sedap didengar. Thankxx 2 "Ain arora" kerana memperkenalkan lagu nie kat aku.

BEEHA
Mungkin namanya tidak se"gah" datuk Siti Nurhaliza namun bakatnya amat la besar. . .
muncul di gig-gig kecil membuatkan namanya hanya dikenaLi oleh mereka yg mencinta muzik. .
Hasil seninya amat la berkualiti. Antara lagu-lagu yg menjadi siulan ialah IniLah Aku, Pari-pari Kertas dan Romantikalasofa. Memperjuangankan genre pop fantasi, art balada dan akustic. Sangat unik tidak ramai artis yg memperjuangkan muzik seperti ini. Semoga lebih berjaya.

-mucux-

09 June 2010

FUTSAL OH FUTSAL

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Wednesday, June 09, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada


futsal???ada apa dgn futsal?. . .aku start berjinak2 maen futsaL pada awaL tahun lepaz (2009)1st time nk maen 2 cam takot n maLu2 jugak la maklumla x biase tp dah start maen 2 perhhh x ingt dunia smue aku nk tendang, ada skali 2 punya la excited nk tendang bOla skali tendang angin daa siap kasut aku tercampak aku ingt bOla yg melayang upenya kasut abiz smue owg geLak kan aku. 2 adaLah saLah satu kenangan yg bezt la dlm idop aku(walaupown agak memalukan). . .Ermmm skg nie agak Ok jugak La Owg kata dah serasi ngan padang walaupown xdew r hebat sngt. Slalu jugak la join pertanding2 futsaL wanita nie tp kebykannye anjuran kementerian aku La. . .Masih dlm proses bLaja sO blum start Lg nk g jauh. . .12 Jun 2010 nie ada game kat cyberjaya aku wakiL team DASAR untuk sukan treasury. harapan????? ermmm ofcos nk menang. . .arap2 La. . .tgk line up team aku pown leh tahan hebat2 jugak. . .caiyok caiyok DASAR.

-mucux-



SEmpat Pose Lg 2. . .


Antara aksi2 n skill terbaeeekkkk. . (hihihi)



makan time!!!(dah penat)

08 June 2010

TAHNIAH NORUL AIN BIN RAZALI DAN PASANGAN

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, June 08, 2010 1 000 Caci Maki Terpaut pada

Akhirnye selesai sudah majlis kawen mmbr baek aku(NORUL AIN RAZALI). . .perhhh penat x terkira maklum la mmbr baek kawen aku yg excited sngt(aku tah biLe la erk) hapi sngt cos dpt luangkan masa 2hari suntuk ngan mmbr2 aku yg laen makan tido gelak2 angkat itu dan ini smue ktowg wat 2gethe dlm 2 hari nie. . .yg paling bezt pelamin n majlis mmbr aku nie smue ktowg (aku, naz, liza n jem) yg sediakan. . .bile smue berjalan lancar perasaan 2 mmg la gembira sngt. . .ada yg puji2 pelamin ktOwg n dah ada pown yg booking. . .pada sesapa yg nk wat majlis kawen n berminat ngan design pelamin ktowg nie leh la tempah kat aku (012-6476727) harga sngtLah berpatutan. Tahniah kepada sahabat baek aku yg teLah melangsungkan perkahwinan pada 5 jun 2010 semoga kekaL ke akhir hayat :) i ♥ u so much. Ermmmm paznie giliran sapa lak erk?aku dah tentu Lmbt Lg bf pown xdew kihkihkih.
-mucux-


di awaL persiapan. . .


PeLamin Hasil titik peLuh aku dan kawan-kawan :)

aku, liza, naz dan pengatin (crew yg bertungkus lumus)


Ainn & ain :)

[GIG] KL Big Party 2010

Dicarutkan oleh muCux pada ketika Tuesday, June 08, 2010 0 000 Caci Maki Terpaut pada
GIG BIG KL PARTY 2010 Part 1

TARIKH: 5 JUN 2010
LINE UP: THE TIMES,COUPLE, CLASSMATE, SECOND COMBAT AND MANY MORE
GENRE: FROM PUNK ROCK TO HARDCORE
TEMPAT: ONE CAFE, KL
TIKET: RM 25

"SUPPORT OUR LOCAL ACTS"
 

Dunia Si muCux Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review